Kini, AMD dikatakan sedang membangunkan dua pemproses berasaskan Vermeer Silicon dan dua berasaskan Cezanne.
Kesemua cip pemproses ini masih sebahagian daripada siri AMD Ryzen 5000 walaupun rekaannya daripada dua pasaran berbeza.
Ryzen 9 5900 dan Ryzen 7 5800 pemproses dekstop akan dipasarkan dengan rakan OEM. Ini bermakna ia tidak dijual secara terus kepada pelanggan. Sebaliknya, ia boleh didapati dengan sistem desktop yang penuh.
Menurut momomo, Ryzen 9 5900 dilengkapi 12-teras CPU dengan TDP 65W dimana penggunaan kuasa lebih rendah daripada 5900X (105W). Sementara Ryzen 7 5800 octa-teras juga mempunyai TDP 65W.
https://twitter.com/momomo_us/status/1340261029960273920?s=20
Dikatakan juga bahawa cip pemproses tersebut sudah tertiris dalam talian yang mungkin ia disenaraikan oleh pengeluar papan induk.
Dalam pada itu, Patrick Schur mendedahkan AMD merancang untuk mengeluarkan cip pemproses berasaskan Cezanne APU. Ia adalah daripada siri G dengan TDP 65W.
https://twitter.com/patrickschur_/status/1340355714703896576?s=20
Seni bina APU berasaskan Zen3 ini akan menggantikan siri Ryzen 4000G yang berasaskan 'Renoir' silicon.
Walau bagaimanapun, seperti Ryzen 9 dan Ryzen 7, ia hanya akan ditawarkan untuk pengguna OEM.
AMD akan mengumumkan cip pemproses Zen3 berasaskan APU dengan kod nama Cezanne semasa acara CES 2021. Namun, ia mungkin untuk pemproses pada komputer riba gaming akan datang.
Sumber: @momomo_us, @patrickschur, videocardz
Berkaitan
- ROG Strix Advantage Edition Dilancar, "Laptop" Gaming Berkuasa AMD
- AMD Streamer Challenge - Peluang Bermain Fall Guys Dan Valorant Dengan Streamer
- HONOR MagicBook 14 AMD Ryzen 5000 Mula Dijual 1 Oktober Ini
- iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD
- Prestasi Exynos 2200 Dengan GPU AMD 'Tapau' Snapdragon 8 Gen 1
- AMD Siri Ryzen 5000 Kini Rasmi Dengan Harga Bermula RM1,349
- Google Dilapor Akan Guna GPU AMD Pada Cip Mereka
- MSI Mula Melancarkan Kemas Kini BIOS Untuk Motherboard siri AMD 500
- ASUS ROG Zephyrus G14 Dan G15 Dikemaskini Dengan Ryzen 5000 Serta RTX 30
- MSI: Semua Papan Induk Siri 400 Menyokong Ryzen 5000