Samsung bakal menggunakan menikmati teknologi grafik Radeon daripada AMD dimana pengumuman mengenainya telah dibuat minggu lalu. Pelesenan teknologi serta IP dari AMD ini dikatakan bakal memperlihatkan penggunaannya pada telefon pintar Samsung serta aplikasi mudah alih lain.
Dengan perkembangan ini, teknologi grafik yang sedia ditawarkan pada platform komputer, konsol akan kembali hadir pada pasaran telefon pintar. AMD sebelum ini perniagaan grafik mudah alih mereka kepada Qualcomm yang kemudiannya digunakan sebagai Adreno.
Terdapat beberapa pengalisis mengkritik AMD kerana tidak cuba memasuki pasaran telefon pintar dan kini mereka dilihat telah bersedia bersaing dengan kerjasama yang terjalin dengan Samsung.
Dalam satu kenyataan, Presiden AMD merangkap CEO, Dr Lisa Su menyatakan;
“Adoption of our Radeon graphics technologies across the PC, game console, cloud and HPC markets has grown significantly and we are thrilled to now partner with industry leader Samsung to accelerate graphics innovation in the mobile market. This strategic partnership will extend the reach of our high-performance Radeon graphics into the mobile market, significantly expanding the Radeon user base and development ecosystem.”
Kita mungkin tidak akan melihat hasil kerjasama ini dalam masa yang terdekat tetapi ia sesuatu yang menarik untuk menantikan cip Exynos dengan keupayaan grafik dari AMD.
Sumber: Forbes