Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-03T100437.842

Altos Lancar Pelayan Baru Khas Untuk Kegunaan PKS

Diterbitkan Julai 3, 2024 oleh Muhd Idham

Altos Computing, salah satu organisasi di bawah Acer Group Company telah memperkenalkan satu produk pelayan terbaru yang digelar dengan nama Altos BrainSphere T15 F6 khas untuk kegunaan syarikat-syarikat PKS sebagai inisiatif baru untuk melengkapkan keperluan pelayan awan peribadi ataupun hibrid.

Altos Lancar Pelayan Baru Khas Untuk Kegunaan PKS

Pelayan ini dilengkapi dengan penguasaan pemprosesan daripada AMD EPYC 4004 dan mampu untuk mengoptimumkan prestasi CPU, menawarkan keselamatan perkhidmatan pelayan awan serta menjamin keserasian kelengakapan tambahan dengan penguasaan 16 teras.

Pelayan ini menyokong sistem operasi seperti Microsoft Windows Server 2022, Red Hat Linux 8.x/9.x, SUSE Linux Enterprise Server 15 SP4 dan Ubuntu 22.04/24.04.

Selain itu, Altos T15 F6 ini juga hadir dengan dwi-slot PCIe Gen 4, slot kad SSD PCIe Gen5 M.2 serta menyokong sehingga 32GB memori ECC DDR5 5200 MHz UDIMM.

Bekalan kuasanya pula adalah 80PLUS Brown dengan penyaluran kuasa sehingga 500W.

Di samping pelancaran pelayan itu, Altos juga telah memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan, Altos aiWorks 4.0 yang dikuasakan oleh NVIDIA NeMo dan NVIDIA L40S GPUs.

Altos aiWorks 4.0

Usaha ini dilaksanakan bagi menyediakan alternatif baru untuk institusi pengajian tinggi dan unit-unit penyelidikan dalam pengurusan pengkomputeran berasaskan AI yang lebih fleksibel sekali gus meningkatkan proses kajian dan pembangunan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk ini, anda boleh lawati laman web rasmi Altos Computing.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • HONOR 200 Pro, Telefon Rasmi Untuk EWC 2024
  • Telefon Pintar 'KingKong' Ini Dilengkapi Skrin Sentuh Kedua Di Belakang
  • Tidak Semua Penurunan Kandungan Di TikTok Atas Permintaan MCMC, Kerajaan Malaysia - Teo
  • Netflix Mula Hentikan Pelan Asas Tanpa Iklan Secara Berperingkat Di Pasaran Terpilih

Sumber: Siaran Media Altos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY