Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cubot KingKong X 5G

Telefon Pintar ‘KingKong’ Ini Dilengkapi Skrin Sentuh Kedua Di Belakang

Diterbitkan Julai 2, 2024 · Dikemas kini Julai 2, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin kurang dikenali, tapi pengeluar telefon pintar dari China ini menghasilkan telefon yang unik. Lebih memfokuskan telefon pintar tahan lasak, Cubot hadir dengan model baharu Cubot KingKong X 5G.

Istimewanya peranti ini bukan sahaja tahan lasak tapi juga ia dilengkapi skrin sentuh kedua di bahagian belakangnya.

Cubot KingKong X 5G
Skrin belakangnya yang bersaiz 1.85 inci menawarkan akses pantas ke notifikasi dan kawalan lain.

Cubot KingKong X 5G menjalankan sistem operasi Android 14 yang dikuasakan cip prestasi pertengahan, MediaTek Dimensity 7050 yang dipadankan bersama RAM16GB dan storan UFS 3.1 256GB atau 512GB.

Cubot KingKong X 5G
Cubot KingKong X 5G tahan lasak ini dimuatkan dengan bateri gergasi 10200mAh dan didatangkan dengan pengecas PD33W.

Untuk paparan utamanya, ia dilengkapi skrin FHD 2.4K bersaiz 6.583 inci dengan kadar segar 120Hz. Ia juga dilengkapi kamera utama 100MP, lensa makro 5MP dan kamera hadapan 32MP.

Cubot masih belum mengumumkan harga jualan peranti ini, tetapi pelancarannya dijadualkan pada akhir bulan Julai ini.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • HONOR 200 Pro, Telefon Rasmi Untuk EWC 2024

Sumber: Cubot, Notebook Check

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY