Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teo Nie Ching_

Tidak Semua Penurunan Kandungan Di TikTok Atas Permintaan MCMC, Kerajaan Malaysia – Teo

Diterbitkan Julai 3, 2024 · Dikemas kini Julai 3, 2024 oleh Amalina Athman

Tidak semua penurunan kandungan dalam talian termasuk di platform TikTok negara ini dibuat berdasarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) atau kerajaan Malaysia, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Sistem Panggilan Kecemasan Baharu NG999 Akan Gantikan MERS999

Beliau berkata penurunan kandungan oleh penyedia platform tertakluk kepada pertimbangan dan penilaian penyedia platform itu sendiri berdasarkan laporan penyalahgunaan daripada pengguna dan permohonan pihak berkuasa.

Memang dalam Laporan Permintaan Pengalihan Keluar oleh Kerajaan ini menyatakan bahawa TikTok telah menerima permintaan daripada kerajaan Malaysia sebanyak 1,862, namun laporan ini juga menunjukkan bahawa keseluruhan kandungan yang diterima untuk diturunkan berjumlah 6,231. Ini bermakna bukan semua permohonan penurunan kandungan dibuat MCMC ataupun kerajaan Malaysia.

Teo berkata laporan itu juga menunjukkan bahawa 2,514 kandungan telah diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti, tindakan atas sebab melanggar undang-undang tempatan (2,970) dan kandungan tidak diambil tindakan oleh platform TikTok (747).

Beliau berkata ini menunjukkan jika platform tersebut tidak merasakan bahawa sesuatu kandungan itu melanggar antara dua undang-undang atau garis panduan di atas, mereka tidak akan menurunkan kandungan yang diminta.

Sekiranya terdapat sebarang kandungan yang telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial, pengguna dinasihatkan berhubung terus dengan penyedia platform media sosial yang berkaitan untuk mengetahui justifikasi tindakan penurunan tersebut.

Menurutnya, adalah tidak adil jika menganggap semua kandungan yang diturunkan adalah berkaitan kritikan terhadap kerajaan memandangkan sejak 2019 hingga 2023 penipuan dalam talian meningkat 95.2 peratus dan judi dalam talian meningkat 273 peratus (2019 sehingga 2022).

Teo berkata kerajaan komited melindungi pengguna Internet di Malaysia daripada aktiviti dalam talian yang memudaratkan seperti yang melibatkan kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman dan provokasi. Tindakan yang diambil juga adalah demi menjaga keseimbangan kebebasan bersuara dan perlindungan masyarakat.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY