Alat Kawalan Permainan Untuk Redmi K20 Dan K20 Pro Diperkenalkan Di China

Menambahbaik pengalaman permainan pada Redmi K20 dan K20 Pro, Xiaomi hari ini telah melancarkan aksesori baru untuk pasaran China. Diumumkan pada acara China Joy Expo, ia merupakan sebuah alat kawalan yang boleh dipasang pada peranti dalam kedudukan melintang.



Rekaannya sama seperti alat kawalan yang ditawarkan pada Black Shark dimana ia menyediakan analog, butang kawalan serta sambungan Bluetooth 4.2.



Berdasarkan harga yang tertera pada poster, alat kawalan ini djual pada harga 179 yuan (~RM107) tetapi pembeli di China boleh mendapatkannya dengan harga lebih murah iaitu 99 yuan (~RM59) melalui pembeli siri Redmi K20.

Jualan alat kawalan akan bermula di China esok. Buat masa sekarang, masih tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dibawa masuk ke dalam pasaran negara ataupun tidak.