PlayStation kini mengumumkan alat kawalan ‘Access’ untuk konsol PS5 akan dilancarkan secara global pada 6 Disember, dengan pra-tempah dibuka mulai 21 Julai 2023.
Dengan alat kawalan Access ini, ia membolehkan pengguna menyesuaikan reka letak butang dan penutup stick yang berbeza dalam pelbagai reka bentuk, serta membolehkan alat kawalan itu dikendalikan dari mana-mana orientasi 360°.
Di konsol PS5, terdapat pelbagai tetapan untuk alat kawalan Access mengikut keselesaan pengguna. Antaranya termasuk memetakan butang untuk mencipta sehingga 30 profil kawalan, melaraskan tetapan stick, dan lain-lain.

Selain itu, pengguna juga boleh memasang sehingga dua alat kawalan Access dan satu alat kawalan DualSense serta menggunakannya secara kolaboratif.
Alat kawalan Access ini dijual pada harga RM449 dan pra-tempah boleh dibuat melalui pengedar terpilih bermula 21 Julai. Untuk maklumat lanjut, layari laman web PlayStation.
Sumber: PlayStation


