Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Image_BM_Complimentary Preview 12 May

Akses Tontonan Saluran Percuma Astro Kini Dilanjutkan Sehingga 12 Mei 2020

Diterbitkan April 29, 2020 oleh Amalina Athman

Selari dengan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020, Astro turut melanjutkan akses tontonan saluran percuma sehingga 12 Mei, 11.59 malam.

Astro percuma

Pada tempoh lanjutan tontonan komplimentari kali ini, terdapat penambahan akses tontonan percuma bagi 6 saluran pembelajaran termasuk National Geographic, Nat Geo WILD, HISTORY, Animal Planet, Discovery Channel, Discovery Asia dan Discovery Science.

Bagi pelanggan NJOI, anda masih dapat menonton saluran percuma termasuk KIX, Nat Geo WILD, Celestial Movies dan Cartoon Network sehingga tempoh yang sama.

Selain itu, akses tontonan 22 saluran percuma melalui aplikasi Astro GO bagi semua rakyat Malaysia termasuk bukan pelanggan Astro juga dilanjutkan sehingga 12 Mei.

Oleh itu, pada anda yang belum mendaftar Astro GO, muat turun boleh dilakukan melalui App Store atau Google Play. Seterusnya, pilih “Non-Astro Customer” untuk pendaftaran baru. Sebagai alternatif, pengguna juga boleh mengakses Astro GO melalui astrogo.com.my.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY