Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Saintis Semakin Bimbang, Suhu Di Kedua-Dua Kutub Bumi Meningkat Serentak Melebihi Paras Normal

Posted on Mac 21, 2022Mac 21, 2022

Saintis dunia kini semakin bimbang apabila suhu di kedua-dua kutub Bumi iaitu Kutub Utara (Artik) dan Kutub Selatan (Antartika) menunjukkan peningkatan melebihi paras normal.

Pada hujung minggu lalu, saintis mendapati suhu di Antartika telah meningkat kepada 40 darjah selsius  lebih daripada paras normalnya.

Pada masa yang sama juga, stesen cuaca di Artik juga mengesan ais yang makin mencait selepas merekadkan peningkatan suhu 30 darjah selsius lebih daripada paras normal.

Saintis berkata, Antartika ketika ini sepatutnya mengalami cuaca sejuk mendadak selepas musim panasnya. Sementara Artik pula sepatutnya perlahan-lahan memasuki fasa musim sejuknya.

Jadi saintis menyatakan, peningkatan suhu di kedua-dua kutub secara serentak pada ketika ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Saintis sebelum ini telah memberi amaran bahawa litupan ais di Artik kini semakin nipis dan mengecil.

Pada tahun 2021 lalu, satelit Sentinel NASA menunjukkan betapa panasnya permukaan di lingkaran Artik yang terletak di dalam Siberia, Russia yang sepatutnya kawasan bersejuk ektsrim.

Tetapi salah satu daerah di dalam lingkaran itu didapati merekodkan suhu sehingga 118 darjah farenheit atau bersamaan dengan 48 darjah selsius.

Saintis sebelum ini telah memberi amaran di mana mereka menganggarkan, jika penduduk Bumi melepaskan 1,000 bilion tan metrik karbon dioksida ke udara, mereka meramalkan ais di Artik akan hilang sepenuhnya sekitar 29 tahun sahaja lagi.

Sumber: The guardian

Baca juga:

  • Sekaki Ais di Laut Artik Mencair Setiap Kali Kenderaan Bermotor Bergerak Sejauh 144 KM – Saintis
  • Bongkah Ais Gergasi Mencair, Melepaskan 152 Bilion Tan Air Tawar Ke Lautan
  • Saintis Dah Berlayar Untuk Siasat ‘Glasier Kiamat’ Yang Mula Cair Dengan Cepat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress