Panas Melampau telah mengubah rupa lanskap benua itu hanya dalam masa 9 hari.
Gelombang haba yang telah melanda benua Antartika pada awal bulan Februari telah menyebabkan salah satu pulau di dalam benua itu kehilangan suku daripada salji yang menutupinya.
Pulau yang dimaksudkan adalah Pulau Eagle yang terletak 25 batu dari pusat kajian Esperanza. Ia didedahkan oleh NASA menerusi imej yang terakam dari satelit.
Pada 6 Februari lalu, termometer di Pangkalan Esperanza yang terletak di utara Semenanjung Antartika telah merekodkan suhu setinggi 64.9 darjah Fahrenheit, iaitu hampir menyamai suhu di Los Angeles pada hari itu.
Sekaligus mencatat rekod baru panas tertinggi di alami Antartika, menurut World Meteorological Organization.
Malah gelombang panas itu melanda secara berterusan dari 5 Februari hingga 13 Februari 2020.
Menurut NASA, pulau itu mengalami kecairan ais setebal 1 inci pada hari suhu terpanas yang direkodkan. Kemudiannya setebal 4 inci ais lagi telah mencair sepanjang tempoh tersebut.
“About 20 percent of seasonal snow accumulation in the region melted in this one event on Eagle Island.” NASA
“I haven’t seen melt ponds develop this quickly in Antarctica. You see these kinds of melt events in Alaska and Greenland, but not usually in Antarctica.” Mauri Pelot, ahli geologi di Nichols College, Massachusetts.
Situasi ini amat membimbangkan para saintis di mana pada Januari lalu, buat pertama kalinya mereka telah mendapati suhu air di bawah Glasier Thwaites meningkat lebih daripada 2 darjah dari suhu beku normal yang sepatutnya.
Sekaligus menyebabkan mereka memberi amaran akan berlakunya kemusnahan glasier besar-besaran di Antartika.
Pencairan ais di Antartika dijangka akan memberi kesan buruk kepada dunia khususnya terhadap peningkatan ketinggian air laut sehingga 1 meter.
P/s: Bersediakah kita…
Sumber: The Hill