Pemilik Akaun Nintendo Digodam. Lebih 160 Ribu Pengguna Terjejas

Nintendo mengesahkan isu penggodaman tersebut.


Nintendo menerusi laman rasmi (Jepun) mereka pada Jumaat lalu telah mengesahkan bahawa lebih daripada 160,000 pemilik akaun Nintendo telah terjejas kerana digodam.

Penggodaman yang berlaku ke atas akaun pengguna itu berlaku sejak awal bulan April lalu .

Impak daripada penggodaman itu, nama samaran, lokasi, tarikh lahir alamat e-mel dan data-data privasi lain milik pengguna akaun Nintendo mungkin boleh diakses oleh pihak ketiga.

Sekaligus boleh menyebabkan berlakunya aktiviti pembelian atas talian secara tidak sah di dalam Nintendo eShop.

Walaubagaimanapun, pihak Nintendo menyatakan bahawa tiada berlaku isu kecurian data kad kredit pengguna.

Namun begitu terdapat dakwaan pemilik akaun Nintendo bahawa penggodam telah membelanjakan lebih beratus dolar dari kad kredit milik mereka bagi membeli pelbagai barangan digital permainan Fortnite dan barangan digital yang lain.

Susulan daripada isu itu, Nintendo menasihatkan pengguna supaya mengaktifkan ciri pengesahan 2 faktor.

Manakala di pihak Nintendo pua, mereka telah reset semula semau akaun Nintendo yang terjejas.

Nintendo juga telah memhon maaf dan segera menghubungi pengguna yang terjejas melalu e-mel.

Sumber: Nintendo Japan dan ZDNet

Berkaitan