Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Arizona, Florida, Illinois, Tennessee and Texas

Akaun Instagram Pun Ada Insurans Bermula ~RM40 Sebulan, Boleh ‘Claim’ Bila Digodam

Diterbitkan Julai 6, 2022 · Dikemas kini Julai 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sebagai individu biasa yang mempunyai pengikut daripada rakan-rakan rapat dan kurang daripada 100, kehilangan akaun Instagram hanyalah perkara kecil untuk saya.

Penggodam mungkin hanya akan temui kepingan-kepingan ‘love’ yang tidak berbalas di ruangan DM dan mesej yang penuh label ‘seen’. Bahkan, saya juga percaya dia tanpa ragu-ragu akan memulangkan semula akaun tersebut.

Akan tetapi, sebuah syarikat start-up dari Israel iaitu Notch menawarkan perkhidmatan insurans bagi pempengaruh di Instagram kerana yalah, media sosial merupakan salah satu punca rezeki mereka.

Ya, jika akaun mereka didapati digodam (hack) atau hilang akses, pencipta kandungan akan mendapat habuan, sama seperti perkhidmatan insurans biasa. Notch juga akan membantu mereka mendapatkan semula akaun tersebut.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan insurans ini dengan bulanan serendah $9 atau sekitar RM40.

Walaupun baru saja dilancar sebulan, namun mereka telah membantu beberapa pempengaruh mendapatkan semula akaun yang telah digodam sebelum pelancaran rasminya.

Namun, pakej ini berbeza mengikut individu di mana Notch akan meneliti terlebih dahulu jumlah pengikut, jenis audiens, bilangan kiriman setiap bulan, berapa banyak kiriman ditaja dan sebagainya sebelum menentukan yuran bulanan.

Setakat ini, ia hanya meliputi kes godaman saja, belum termasuk kes akaun digantung (suspended). akibat laporan daripada pengguna. Contohnya, akaun yang digantung akibat laporan beramai-ramai oleh peminat selebriti Korea.

Mereka bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan menambahnya ke dalam polisi pada masa akan datang.

Selain itu, pempengaruh perlulah mengaktifkan ciri pengesahan pelbagai faktor (mutlifactor authentication) untuk melayakkan tuntan insuran.

Setakat ini, ia tersedia di Arizona, Florida, Illinois, Tennessee dan Texas kerana tertakluk dengan undang-undang tempatan.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY