Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh pihak Space.com pada akhir tahun 2023 yang lepas, kedudukan atau posisi yang terbaik untuk melihat dengan lebih jelas akan fenomena gerhana matahari penuh telah dijangka bertempat di sekitar benua Amerika Utara, iaitu pada 8 April ini.

Sehubungan dengan itu, AirDNA yang bertanggungjawab merekod data tentang status penyewaan jangka pendek bagi platform penginapan seperti Airbnb dan HomeAway telah memaparkan situasi tempat penginapan di sekitar Amerika Utara pada 7 April 2024 iaitu sehari sebelum hari kejadian.
With the eclipse approaching in less than a week, over half of U.S. cities along the eclipse's path are fully booked for the night of April 7th according to data from @airdna pic.twitter.com/SLVpyKu2Oe
— Jamie Lane (@Jamie_Lane) April 2, 2024
Di dalam keriuhan fenomena semula jadi itu, terdapat juga perumah di kawasan sekitar Rochester, New York yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran sewa yang tinggi, iaitu sebanyak USD3,000 (~RM14,217.75) untuk satu malam.

Untuk kita yang berada di Malaysia, kawasan-kawasan yang baik pernah direkod tahun lalu untuk melihat fenomena gerhana matahari ini adalah Kuching, Sarawak serta Kota Kinabalu dan Tawau, Sabah kerana dua negeri ini berada di garisan selari berlakunya fenomena itu.
Jadi, untuk tahun ini berkemungkinan sukar untuk kita menyaksikannya.
{suggest}
