Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Bullet Train’ Dirancang Dibina Hubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah

Brunei Nafikan Terlibat Projek Kereta Api Rentas Borneo

Diterbitkan April 4, 2024 ยท Dikemas kini April 5, 2024 oleh ariff bukhari

Minggu lalu telah dilaporkan tentang satu usaha projek pembinaan yang akan menghubungkan penduduk kepulauan Borneo meliputi Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah melibatkan laluan keseluruhan sepanjang 1,620 kilometer.

Memetik laporan Utusan Borneo, projek itu dilaporkan pertama kalinya dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam pada 2022, sebelum ia diumumkan sekitar Jun 2023, selepas syarikat berkenaan mengadakan beberapa siri lawatan kepada kementerian berkaitan di ketiga-tiga negara.

Walaubagaimanapun, hari ini Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam (MTIC) menafikan pihak mereka tidak pernah menawarkan atau pun melantik sebarang syarikat tempatan mahu pun dari luar negeri untuk mengendalikan projek berkenaan.

Kementerian itu juga menegaskan, belum ada sebarang perbincangan rasmi diperingkat kerajaan mengenai perkara tersebut mahupun diantara negeri-negeri dan pihak-pihak yang berkepentingan.

“Bagi projek yang berskala sedemikian sudah setentunya memerlukan komitmen diperingkat kerajaan masing-masing terlebih dahulu.” MTIC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Semakan terkini di laman Brunergy Utama pula yang sebelum ini memaparkan cadangan projek mega itu kini didapati tergendala.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • 'Bullet Train' Dirancang Dibina Hubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah

Sumber: Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY