Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buz Lancar Penjenamaan Baharu Bersama Ain Edruce Sebagai Duta Jenama Malaysia

Buz Lancar Penjenamaan Baharu Bersama Ain Edruce Sebagai Duta Jenama Malaysia

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Aplikasi audio sosial buz, kini memperkenalkan penjenamaan dan kempen baharu yang meraikan kekuatan komunikasi suara dalam dunia pemesejan segera. Melalui mesej “voice connects” menyerlahkan keupayaan suara manusia untuk mencipta hubungan yang lebih mendalam dan bermakna.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, buz melantik selebriti Ain Edruce dan suaminya sebagai duta jenama di Malaysia. Ain, yang dikenali dengan gaya yang autentik dan mudah didekati, mewakili visi buz dalam memupuk komunikasi berasaskan suara.

Buz Lancar Penjenamaan Baharu Bersama Ain Edruce Sebagai Duta Jenama Malaysia

Berbeza dengan mesej teks biasa, mesej suara di buz membawa emosi dan nada yang sering hilang dalam teks. Dalam siaran komersial TV (TVC), buz memaparkan momen menyentuh hati seperti ibu yang mendengar bayi menyebut “mama” buat pertama kali.

Dengan rekaan minimalis dan fungsi utama push-to-talk, ia mempermudahkan komunikasi spontan dan lebih bermakna. Aplikasi ini juga mesra pada semua peringkat umur, membolehkan sesiapa sahaja, termasuk warga emas dan individu neurodiversiti, menikmati komunikasi suara.

Buz Lancar Penjenamaan Baharu Bersama Ain Edruce Sebagai Duta Jenama Malaysia

Dengan menggunakan teknologi AI dengan kerjasama dengan OpenAI. Fungsi seperti transkripsi suara-ke-teks, terjemahan suara merentas bahasa, dan pengiktirafan pertuturan automatik (ASR) menjadikan komunikasi lebih lancar. Sebagai contoh, mesej suara boleh ditukar kepada teks di tempat kerja atau diterjemah secara langsung untuk pengguna antarabangsa.

buz Logo_Green and Purple_VM (1)

 

buz turut menawarkan ciri tambahan seperti penapis suara, voicemojis, dan perkongsian media dalam masa nyata. Ini menambahkan elemen keseronokan dan personalisasi, membolehkan pengguna berhubung dengan cara yang lebih kreatif dan bermakna.

Kempen ini bermula pada 15 November, dengan pelancaran pelbagai TVC di platform seperti media sosial, skrin lif, panggung wayang TGV, YouTube, TikTok, dan juga skrin LED di WOLO Bukit Bintang sehingga 15 Disember.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • iPhone XS Max Kini Dikategorikan Produk Vintaj
  • Badan Agama Pakistan Isytiharkan Penggunaan VPN Adalah Bertentangan Dengan Syariah
  • Casio Perkenalkan Jam Cincin Digital Dengan Ciri Jam Randik Dan Penggera
  • MOSTI Akan Bangunkan LLM Versi Bahasa Melayu, Sokong Ekosistem AI Tempatan

Sumber: Siaran media buz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY