MSI telah merangkul lima Anugerah Honoree CES 2025 Innovation. Produk MSI yang memenangi anugerah ini akan dipamerkan di Veronese Ballroom, The Venetian semasa CES 2025, acara teknologi terbesar dunia yang akan berlangsung dari 7 hingga 10 Januari di Las Vegas, Nevada.
MPG Z890I EDGE TI WIFI berada di kategori Gaming & Esports di mana papan induk ITX kompak ini menawarkan prestasi luar biasa dalam reka bentuk minimalis, sesuai untuk pemain permainan dan peminat e-sukan.
MEG Z890 UNIFY-X juga masih dikategorikan dalam Gaming & Esports direka untuk overclocking ekstrem, papan induk ini dilengkapi dua slot DIMM untuk meningkatkan prestasi memori DDR5.
Di segmen Gaming & Esports, Artificial Intelligence pula dimenangi MEG VISION X AI. Desktop permainan berkuasa AI dengan panel sentuh 13-inci “AI HMI” dan fungsi seperti kawalan suara serta pengoptimuman suhu automatik. Ia juga menyokong permainan AAA dengan lancar.
Desktop AEGIS RS2 AI memenagi pada kategori Artificial Intelligence di mana desktop permainan dengan teknologi AI ini, menawarkan penghayatan permainan yang lebih mendalam serta reka bentuk fleksibel untuk masa depan. Program CES Innovation Awards menilai lebih 3,400 penyertaan berdasarkan inovasi, fungsi, estetik, dan reka bentuk.
Untuk maklumat lanjut mengenai pemenang Anugerah Honoree CES 2025 Innovation sila layari laman web rasmi MSI dan Facebook serta Instagram MSi Malaysia.
{suggest}
Sumber: Siaran media MSI