Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
copilot windows 11

Microsoft Bakal Perkenal Ciri Baru Yang ‘Kontroversi’, Tangkapan Skrin Aktiviti Setiap Beberapa Saat

Diterbitkan April 18, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft kini mula memperkenalkan satu ciri baharu yang kontroversi dan mungkin menimbulkan persoalan tentang privasi dalam kalangan pengguna Windows.

Dikenali sebagai ‘Recall’ yang tersedia pada PC Copilot+, ciri ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengambil tangkapan skrin daripada pelayar web anda bagi membantu menjejak semula aktiviti digital.

Microsoft menyatakan bahawa pengguna kini boleh mencari semula mana-mana aplikasi, laman web, imej atau dokumen hanya dengan menerangkan kandungannya.

Jadi, sepanjang hari anda menggunakan PC Copilot+ bagi membuat segala aktviti itu, Recall akan mengambil tangkapan skrin secara berkala untuk membantu anda mencari sesuatu dengan lebih mudah dan pantas.

Walaupun sebelum ini ciri ini menerima kecaman kerana dianggap “menyeramkan”, kini ia diperkenalkan semula dengan beberapa perubahan. Fungsi ini kini bersifat pilihan (opt-in), boleh dijeda, dan masih dalam fasa pratonton (preview).

Ciri ini mungkin berguna kepada pengguna yang sering membuka banyak tab, tetapi boleh menimbulkan kebimbangan jika mesej atau perbualan pengguna lain turut dirakam tanpa keizinan mereka untuk dianalisis oleh AI.

“Tangkapan skrin yang berterusan masih boleh menjadi ancaman kepada privasi, walaupun Microsoft cuba menjadikannya lebih selamat dengan menjadikannya pilihan dan menambah perlindungan.” Jake Hurfurt daripada Big Brother Watch.

Beliau menambah bahawa pengguna bukan sahaja perlu melindungi privasi sendiri, tetapi juga privasi orang lain.

Untuk keselamatan, Microsoft memastikan tangkapan skrin hanya boleh diakses oleh pengguna selepas log masuk menggunakan biometrik Windows Hello atau PIN. Pengguna juga boleh menetapkan tempoh masa untuk simpanan tangkapan skrin sebelum ia dipadam secara automatik.

Dalam kes sensitif seperti perbankan dalam talian, pengguna yang mengaktifkan Recall boleh mengecualikan aplikasi atau laman web tertentu daripada direkodkan.

Perlu diambil maklum bahawa ciri ini akan diaktifkan secara lalai (default), tetapi pengguna akan diminta kebenaran terlebih dulu sebelum sebarang tangkapan skrin disimpan, tidak lagi dipaksa seperti sebelum ini.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Microsoft Beri Amaran, Jangan Buang Fail Misteri Dalam Kemas Kini Windows 11 Terbaru
  • Redmi A5 Tiba Di Malaysia, Telefon Bajet Terbaru Serendah RM299

Sumber: Unilad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
  • Google Didapati Pautkan Nombor Telefon Kepada Semua Akaun Secara Automatik
  • Apple Bakal Perkenal Produk Baharu Minggu Depan - MacBook Pro Skrin Sentuh Antara Yang Dijangka
  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
©2026 WISER.MY