Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dilapor Dedahkan Imej Pixel Watch 2

Google Dilapor Dedahkan Imej Pixel Watch 2

Diterbitkan September 11, 2023 ยท Dikemas kini September 11, 2023 oleh Firdaus

Google dilaporkan telah mendedahkan gambar-gambar rasmi akan Pixel Watch 2 yang dijangkakan hadir pada Oktober ini dalam siri Google Pixel 8.

Rekaan Bulat Dan Butang Boleh Putar

Google Dilapor Dedahkan Imej Pixel Watch 2

Berdasarkan gambar di atas, jam tangan ini hadir dalam rekaan bulat seperti siri terdahulu dengan kehadiran butang boleh putar.

Google Dilapor Dedahkan Imej Pixel Watch 2

Mengikut laporan, Pixel Watch 2 dikuasakan cip Snapdragon W5, memori 2GB, dan skrin bulat AMOLED berukuran 1.2″ dengan resolusi 383 x 384.

Google Dilapor Dedahkan Imej Pixel Watch 2

Sama seperti siri Galaxy Watch 6, jam tangan Google ini dikendalikan sistem operasi WearOS 4 yang berasaskan Android 13, dan menyokong penarafan kalis habuk dan air IP68.

Antara ciri-ciri yang dinantikan pada Pixel Watch 2 ini adalah sokongan penjejak SpO2 – sebuah ciri yang mampu mengenal pasti kandungan oksigen dalam darah dan mampu memantau tekanan si pemakai.

Berkaitan

  • Tak Lama Lagi, Anda Akan Boleh Tahu Permainan di Steam Sokong Controller Playstation Atau Tidak
  • Telefon Pintar Pakej 5G RAHMAH Tiba Minggu Ini
  • Bos Kripto Thodex Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 11 Ribu Tahun
  • Pengamal Media Pun Dapat Insentif Rebat RAHMAH, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Ini Senarai Telefon Xiaomi Yang Akan Terima Kemas Kini MIUI 15

Pixel Watch 2 ini berkemungkinan besar akan menjadi pesaing baharu yang kompetitif dalam pasaran jam tangan pintar global. Namun, sayang sekali peranti ini hanya boleh diakses dalam pasaran Malaysia melalui pihak ketiga sahaja.

Hal ini demikian kerana Google tidak masuk secara rasmi di negara kita ini.

Sumber: ITHome

Gambar utama: ITHome

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xiaomi Pegang Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ke-3 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
  • 40 Satelit Internet Amazon Musnah Selepas Pelancaran Roket Gagal
  • Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
  • Kerajaan Teliti Cadangan Wajibkan Pengesahan Identiti Akaun WhatsApp - Fahmi
©2026 WISER.MY