Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengamal Media Pun Dapat Insentif Rebat RAHMAH, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Pengamal Media Pun Dapat Insentif Rebat RAHMAH, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Diterbitkan September 11, 2023 oleh ariff bukhari

Selain daripada insentif Pakej 5G RAHMAH yang ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia, syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) juga ada menawarkan insentif Rebat RAHMAH khusus untuk Pengamal Media.

Tawaran rebat bil telefon pelan pascabayar (postpaid) bagi pengamal media ini adalah untuk bil bulan September 2023. Pemberian ini merupakan pemberian secara one off khusus buat pengamal media bersempena dengan Hari Malaysia.

Ia tertakluk kepada Terma dan Syarat dari telco yang terlibat iaitu TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications (Yes).

Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media ini terbuka kepada pengamal media berstatus Warganegara Malaysia yang memegang Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang masih belum tamat tempoh serta sedang melanggan pelan pascabayar (postpaid) dengan telco terlibat.

Pengamal Media yang layak perlu mengemaskini nombor telefon pascabayar (postpaid) dan maklumat lain yang berkaitan melalui Sistem eMedia JaPEN di pautan http://emedia.penerangan.gov.my/ sebelum 10 September 2023 untuk menikmati Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media ini.

Pengamal media yang layak tidak perlu pun membuat permohonan kerana akan dibuat secara automatik berdasarkan data daripada JaPen. Semakan boleh dibuat pada bil anda masing- masing.

Pemberian rebat bulan September 2023 adalah bergantung kepada kitaran bil pihak telco yang terlibat.

Sebagai contoh rebat bagi bulan September 2023 mungkin akan boleh dinikmati oleh pelanggan pada bulan Oktober 2023 atau pada bulan seterusnya hanya untuk 1 kali sahaja (one off).

Pelanggan boleh berhubung dengan pihak telco masing-masing untuk maklumat lanjut.

Berkaitan

  • Pakej 5G Rahmah: B40 Boleh Beli Telefon 5G Untuk RM120 Sahaja
  • Ini Perbandingan Pakej 5G RAHMAH Paling Berbaloi
  • Akibat Vandalisme, Sebuah Lagi Menara Komunikasi Rosak

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY