Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Agensi Nuklear Malaysia Bangunkan Bagang Penangkapan Bilis Terapung Biokomposit

Posted on April 28, 2022

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah melakasanakan projek penyelidikan bagi menghasilkan beberapa produk biokomposit.

Hasil penyelidikan itu, Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melancarkan bagang (sangkar) penangkapan bilis terapung biokomposit di Kota Belud dalam bulan Mei ini nanti.

Contoh bagang tradisional menangkap ikan bilis yang terdapat di Sabah.Kredit: Ikan Bilis Sabah Asli

Biokomposit merupakan bahan baru berasaskan serat semula jadi  yang diadun bersama-sama bahan plastik tersinar dan digabungkan dengan partikel nano.

Biokomposit mudah diproses dan dibentuk menjadi produk yang diperlukan. Malah produk berasaskan biokomposit adalah lebih kukuh.

Sekaligus bagang yang dibangun menggunakan biokomposit ini nanti akan menggantikan kayu bakau atau nibung sebagai struktur bagang yang baharu.

Ia adalah hasil projek Malaysia Social Innovation  yang dijalankan oleh Nuklear Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia.

Projek ini merupakan pemula kepada pembangunan struktur terapung lestari di kawasan tersebut untuk dimajukan kepada penternakan akuakultur marin dan juga sektor pelancongan akua.

Menerusi projek ini, ia akan membantu Veteren Tentera Laut DiRaja Malaysia Sabah menjana pendapatan baharu yang dianggarkan seramai 100 orang.

Sumber: Nuklear Malaysia

Baca juga:

  • Keselamatan Siber Malaysia Setanding Rusia, Jauh Hebat Berbanding Israel
  • Jenayah Lain Menurun Tapi Jenayah Siber Mencanak Naik Di Malaysia
  • Buli Siber – Anda Boleh Dipenjarakan Jika Didapati Bersalah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress