Adobe Melepaskan Kemas Kini Kritikal Terhadap Pemain Flash, Acrobat dan Reader

Jika anda masih menggunakan Adobe Flash pada komputer anda, segeralah kemas kini aplikasi tersebut.


Pada awal pagi tadi, Adobe telah pun memuat naik fail kemaskini terbaru bagi aplikasi Flash, Acrobat dan Reader. Terdapat beberapa bahagian penting telah dibaiki daripada serangan tersebut.

Menurut Adobe, kelemahan ciri keselamatan pada 3 aplikasi ini boleh diekploitasi oleh penggodam seterusnya membawa kepada pelaksanaan kod sembarangan yang berniat jahat.

Pemain Flash


Untuk pemain Flash, Adobe mengklasifikasikan kemaskini terbaru ini sebagai Critical. Maka adalah penting kepada pengguna untuk mengemaskini segera aplikasi tersebut.

Platfom yang terjejas dengan isu Flash ini adalah sistem operasi Windows, macOS, Linux dan Chrome OS.

Acrobat dan Reader


Bagi aplikasi Acrobat dan Reader pula, Adobe mengkategorikan kemas kini bagi 2 aplikasi ini sebagai Critical dan Important. Platfom yang terjejas pula adalah sistem operasi macOS dan Windows.

3 Tahap serangan


Terdapat 3 tahap yang Adobe kategorikan terhadap jenis serangan yang berlaku ke atas aplikasi mereka iaitu Moderate, Important dan Critical.

Manakala tahap keutamaan kemaskini yang perlu dibuat pula adalah berdasarkan kepada priority 1, 2 atau 3.

Bagi kemas kini terbaru ini Adobe meletakkan tahap priority 2 bagi ketiga-tiga aplikasi tersebut di mana pengguna disyorkan mengemas kini aplikasi Adobe yang terjejas dalam masa terdekat. Sebagai contoh dalam tempoh 30 hari.

Sumber: Adobe Security Bulletin dan Zero Day Initiative

P/s: Selain 3 aplikasi di atas, terdapat juga kemas kini terbaru Adobe Media Encoder v13.1 bagi Windows dan macOS. Cuma Adobe mengklasifikasikan kemas kini tersebut pada tahap priority 3 yang bermaksud, pengguna boleh mengemas kini aplikasi yang terjejas ikut budi bicara pengguna.