Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Admin Whatsapp Group Akan Bertanggunjawab Sekiranya Berlaku Perkongsian Berita Palsu Di Dalam Group

Admin Whatsapp Group Akan Bertanggunjawab Sekiranya Berlaku Perkongsian Berita Palsu Di Dalam Group

Diterbitkan April 24, 2017 oleh Helmi Samsuri

Adakah anda salah seorang pentadbir (admin) bagi Whatsapp Group di dalam telefon mudah alih anda?

Kalau ya, adakah anda pantau perbualan atau perkongsian di dalam group itu?

Anda beruntung berada di Malaysia kerana di India, tanggungjawab menjadi seorang pentadbir Whatsapp Group lebih dari apa yang anda sangkakan.

Apa tugas pentadbir Whatsapp Group?

  • Tambah ahli
  • Keluarkan ahli
  • Tukar gambar group
  • Tukar nama group

Tetapi di India mahukan pentadbir Whatsapp Group bertanggungjawab bagi setiap berita palsu yang tersebar di dalam group tersebut.

Langkah ini diambil untuk membendung penyebaran maklumat palsu dari tersebar dengan meluas.

Berdasarkan undang-undang yang dikeluarkan oleh Majistret India, pentadbir bertanggungjawab mengeluarkan ahli yang didapati menyebar informasi palsu.

Jika pentadbir gagal melakukan perkara tersebut, tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa.

Mungkin ini cara terbaik untuk mengawal penggunaan Whatsapp di India yang menjangkau angka 200 juta pengguna.

Sumber: The Economic Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY