Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adakah Ini Antaramuka MIUI 9?

Adakah Ini Antaramuka MIUI 9?

Diterbitkan Julai 8, 2017 ยท Dikemas kini Julai 8, 2017 oleh Helmi Samsuri

Beberapa hari yang lalu, sebanyak 3 buah foto telah berlegar di internet dan difahamkan ia adalah antaramuka MIUI 9.

Foto-foto tersebut dimuat naik sendiri oleh Naib Presiden Pemasaran Xiaomi, Huang Longzhong pada akaun peribadi Weibo sejak Rabu yang lepas.

Adakah Ini Antaramuka MIUI 9?

Adakah Ini Antaramuka MIUI 9?

Adakah Ini Antaramuka MIUI 9?

Menerusi muat naik berkenaan, Huang meminta pendapat umum sama ada mereka menyukai ataupun tidak antaramuka baru itu.

“Menyiasat: jika ini adalah gaya baru MIUI 9, adakah anda suka? (Imej dari millet tema rasmi terbaru “geometri”)” ujar Huang pada post-nya di Weibo.

Jika dilihat, MIUI 9 mungkin dilancarkan lewat oleh kerana versi beta pun masih belum dikeluarkan lagi.

MIUI 9 dibangun berasaskan Android Nougat 7.0, dan baru-baru ini senarai peranti Xiaomi yang akan menerima Nougat 7.0 serta Nougat 7.1 telah pun tersebar.

Selain daripada itu, terdapat juga khabar angin menyatakan antara fungsi yang turut dijangka hadir pada MIUI 9 adalah ciri

  • split screen

Adakah Ini Antaramuka MIUI 9?

  • picture-in-picture

ezgif.com-optimize (2)

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY