Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ada Sungai, Ada Hutan Di Dalamnya – Kenali Son Doong, Gua Terbesar Di Dunia

Ada Sungai, Ada Hutan Di Dalamnya – Kenali Son Doong, Gua Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Oktober 14, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 14, 2022 oleh Firdaus

Son Doong adalah sebuah gua dengan ruangan dalaman terbesar sekali di dunia. Ia terletak di Quang Binh Province,Vietnam.

Para saintis yang mengkaji gua ini berpendapat Son Doong boleh diibaratkan satu dunia tersembunyi berbanding sebuah gua dek kerana saiz yang ‘gergasi’ dan khazanah yang tersimpan di dalamnya.

Memiliki Saiz Yang Tidak Masuk Akal

Gua terbesar di dunia ini memiliki ketinggian menyamai bangunan setinggi 40 tingkat. Bahkan di dalamnya juga wujud sebuah hutan hujan purba.

Son Doong Cave

Pasukan ekspedisi telah mendapati gua ini mempunyai nilai isi padu 38.5 juta kubik meter dan telah diumumkan sebagai gua terbesar di dunia pada 2013 oleh Guinness Book of World Records.

Son Doong Cave

Selain itu, laluan utama gua ini mempunyai panjang melebihi 5km dengan lebar 150m dan ketinggian hingga 200m. Untuk perbandingan, gua Son Doong sungguh besar hingga mampu memuatkan pencakar langit Bandar New York setinggi 40 tingkat.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu Matahari Buatan China, 10 Kali Ganda Lebih Panas Daripada Matahari
  • 'Sinkhole' Diliputi Hutan Berusia Jutaan Tahun Ditemui Di China
  • Gempar Lubang Benam Sedalam 200 Meter Ditemui, Saiz Terus Membesar
  • Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut
  • Saintis Dari Switzerland Percaya Kita Akan Temui Makhluk Asing Dalam Masa 25 Tahun

Keistimewaan Gua Son Doong

Selain hutan yang besar, gua ini memiliki saliran sungai yang sebenar. Apa yang saya maksudkan adalah sungai sebenar yang mengalir di dalamnya.

Son Doong Cave

Saiz yang dimilikinya begitu besar hingga tersimpan satu ekosistem sendiri yang berbeza sepenuhnya dengan dunia luar. Ia seolah-olah kita berada dan memasuki satu dunia asing dan baharu.

Son Doong Cave

Gua Son Doong dianggarkan berusia kira-kira 3 juta tahun dan mempunyai jarak dari mula ke titik hujung sekitar 9km.

Berdasarkan kajian para saintis, siling gua ini di beberapa kawasan yang telah runtuh memberi ruang kepada cahaya matahari untuk memasukinya.

Son Doong Cave

Oleh itu, mereka berpendapat bahawa itu adalah hipotesis terbaik disebalik bagaimana hutan purba di dalam gua ini boleh terbentuk.

Jika ada dalam kalangan anda yang berminat, anda sebenarnya boleh melawat gua ini menerusi syarikat Oxalis. Ia menawarkan pakej ‘pengembaraan’ daripada 1 hari sehinggalah 6 hari.

Sumber: oxalisadventure

Gamber utama: oxalisadventure

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY