Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ufo alien makhluk asing

Saintis Dari Switzerland Percaya Kita Akan Temui Makhluk Asing Dalam Masa 25 Tahun

Diterbitkan September 20, 2022 · Dikemas kini September 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Saintis dari Switzerland, Dr. Sascha Quanz percaya bahawa kita akan menemui hidupan lain di planet luar sistem suria dalam masa 25 tahun.

Beliau ialah seorang ahli astrofizik (astrophysicist) di institut di bawah kerajaan Switzerland iaitu ETH Zurich (Eidgenössische Technische Hochschule Zürich).

Universiti ini terkenal terutamanya dalam bidang kejuruteraan dan sains serta matematik (STEM).

Saintis Dari Switzerland Percaya Kita Akan Temui Makhluk Asing Dalam Masa 25 Tahun

“Pada 1995, rakan sekerja saya [dan pemenang Nobel], Didier Queloz telah menemui planet pertama di luar sistem solar” kata Dr. Sascha.

“Hari ini, lebih 5,000 planet luar sistem suria telah kita dapati dan kita temuinya setiap hari.”

Saintis Dari Switzerland Percaya Kita Akan Temui Makhluk Asing Dalam Masa 25 Tahun

Seperti ramai tahu, kita telah temui pelbagai planet dan galaksi melalui Teleskop James-Webb namun sebenarnya tujuan utama pembinaannya ialah untuk mencari bintang-bintang tertua, bukan untuk meneroka planet.

Saintis Dari Switzerland Percaya Kita Akan Temui Makhluk Asing Dalam Masa 25 Tahun

Dr. Sascha berkata teleskop terbesar itu masih tidak cukup berkuasa untuk melihat planet-planet kecil seumpama Bumi.

Saintis Dari Switzerland Percaya Kita Akan Temui Makhluk Asing Dalam Masa 25 Tahun

“[HIP 65426 ialah] sistem yang istimewa. Ia sebuah planet gas yang mempunyai orbit sangat jauh dari bintang. Inilah yang Teleskop Webb-James boleh lakukan dari segi mengambil gambar. [Tapi] kita tidak ada capaian ke planet kecil. Telesekop Webb-James tidak cukup berkuasa untuk itu.”

Daripada ribuan exoplanet (planet luar sistem suria kita), saintis percaya ada antaranya yang boleh didiami.

Saintis Dari Switzerland Percaya Kita Akan Temui Makhluk Asing Dalam Masa 25 TahunDr. Sascha dan pasukannya kini sedang membangunkan peralatan untuk ELT (Extremely Large Telescope) yang akan melakukan tanggungjawab yang tidak ditugaskan untuk Teleskop James-Webb.

ELT apabila siap kelak akan menjadi teleskop optikal terbesar di dunia dengan cermin sebesar 40 meter. Ia memang bertujuan untuk mengambil gambar planet teresterial dan yang mempunyai persamaan dengan Bumi.

Berkaitan

  • Saintis Dakwa Galaksi Kita Mempunyai 4 Tamadun Makhluk Asing Yang Berniat Jahat
  • Belum Cukup 6 Bulan Dilancar Ke Angkasa, Teleskop Terbesar Dunia Dilanggar Meteoroid
  • Inilah Teleskop Paling Berkuasa Di Dunia, Resolusi Imej 4 Kali Ganda Lebih Tinggi Dari James Webb
  • China Bina Lingkaran Teleskop Terbesar Di Dunia Bagi Mengkaji Matahari
  • Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

Salah satu visi mereka ialah untuk meneroka atmosfera planet-planet teresterial di luar sistem suria.

Untuk melihat perbandingan gambar diambil daripada Teleskop Hubble dan Teleskop James-Webb, klik SINI.

Sumber: Space

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY