Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lubang benam 2

Gempar Lubang Benam Sedalam 200 Meter Ditemui, Saiz Terus Membesar

Diterbitkan Ogos 4, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 4, 2022 oleh ariff bukhari

Penemuan sebuah lubang benam sedalam 200 meter dan berukuran 25 meter lebar telah menggemparkan penduduk tempatan.

Lebih membimbangkan, saiz lubang benam yang terletak di wilayah Atacama, berhampiran lombong tembaga Alcaparrosa, Chile itu didakwa terus membesar.

Sehingga memaksa operasi syarikat lombong yang berada berhampiran dengan lubang misteri itu ditunda.

Perkembangan itu menyebabkan penduduk tempatan yang berada di wilayah itu menggesa kajian segera dilakukan.

lubang benam 1

Berkaitan

  • Ambil Gambar Gerhana Matahari Boleh Rosakkan Lensa Kamera
  • Asteroid Besar Bergerak 38 Kali Ganda Dari Kelajuan Bunyi Sedang Menghampiri Bumi
  • 'Sinkhole' Diliputi Hutan Berusia Jutaan Tahun Ditemui Di China

Bertindak atas penemuan lubang tersebut, pegawai wilayah Atacama, Gerardo Tapia dilaporkan telah mengarahkan pihak Geologi Negara dan Perkhidmatan Perlombongan negara itu mengkaji punca kemunculan lubang misteri tersebut.

Pemantauan berterusan ke atas keadaan lubang itu juga dilakukan.

Penemuan lubang benam seperti ini bukanlah kali pertama dilaporkan.

Sebelum ini pernah dilaporkan tentang satu penemuan sebuah lubang benam besar di kawasan Guangxi, selatan China oleh Sekumpulan saintis China.

Lubang benam yang ditemui itu adalah lubang besar yang ke-30 dijumpai di dalam negara tersebut.

Sumber: unilad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY