Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-20T180044.645

nubia Focus Pro 5G Dilancar – Telefon Fokus Fotografi, Harga RM999

Diterbitkan Mei 20, 2024 oleh Muhd Idham

ZTE | nubia kini telah melancarkan satu produk telefon pintar terbaru yang fokus utamanya adalah pada fotografi peranti mudah alih iaitu nubia Focus Pro 5G.

01 nubia

Kameranya terdiri daripada lensa utama 108MP OIS (18mm – 72mm) yang disokong teknologi kecerdasan buatan, 2MP ultra lebar, 5MP makro dan 32MP swafoto.

Ditambah pula di bahagian sisi kanan telefon ini dengan satu butang Side Capture yang merupakan alternatif tambahan untuk menangkap gambar.

Selain daripada kamera, ia juga tampil dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan Light Brown serta rekaan panel belakang yang seakan-akan kamera klasik.

nubia Focus Pro 5G ini menggunakan skrin bersaiz 6.72 inci dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080) dan kadar segar semula 120Hz.  Ia juga dijana cip pemproses Unisoc T760.

Selain daripada memori 20GB RAM (8 + 12GB) dan 256GB storan, kapasiti baterinya pula sebesar 5,000mAh dan hadir bersama pengecasan 33W.

Screenshot 2024-05-20 173145

Rakyat Malaysia boleh mula membuat prapesan untuk nubia Focus Pro 5G ini pada harga RM999 bermula 21 Mei 2024 sehingga 3 Jun 2024.

Setiap pembelian melalui prapesan juga akan ditawarkan promosi potongan harga sebanyak RM50 serta percuma pembesar suara bluetooth ZTE.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • HONOR Magic6 Pro Edisi Cloud Purple Akan Tersedia Pada 31 Mei 2024
  • Golf R Pemasangan Tempatan Akan Muncul Di Malaysia Autoshow, Harga Bermula RM332,990
  • vivo Y100 5G Edisi Orange Leather Akan Tiba Di Malaysia

Selain daripada nubia Focus Pro 5G ini, nubia juga telah melancarkan model V60 pada 17 Mei 2024 yang lepas pada harga RM588 dengan spesifikasi memori 20GB RAM (8 + 12GB) + 256GB ROM.

Screenshot 2024-05-20 174307

Sebagai ringkasan, V60 ini dilengkapi dengan kamera lensa utama 50MP, ultra lebar 2MP, makro 2MP dan swafoto 32MP. Skrinnya pula bersaiz 6.72 inci dengan resolusi FHD+.

Bateri pula berkapasiti 5,000mAh dan dilengkapi pelbagai ciri lain seperti NFC, Live Island serta pembesar suara DTS.

Beli produk nubia di:

Shopee – https://invl.io/clky92y

Sumber: Siaran Media ZTE | nubia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY