Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
acerpure aqua wp 1 – 1

Acer Malaysia Lancarkan Pembersih Udara Berharga RM899, Penapis Air Untuk RM3599

Diterbitkan Jun 15, 2023 · Dikemas kini Jun 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Acer Malaysia hari ini melancarkan pembersih udara Acerpure Aqua WP1 dan penapis air Acerpure Pro P2 Classic. Ia boleh dibeli ke kedai Acer dan secara dalam talian.

Acerpure Aqua WP1

acerpure aqua wp 1 – 2

Dengan harga RM3599, ia dilengkapi tangki air sebesar 8.7 liter yang boleh ditanggalkan. Acerpure Aqua WP1 tidak memerlukan pemasangan paip yang rumit, jadi boleh diletakkan di ruang tamu atau di dalam bilik.

acerpure aqua wp 1 – 4

Peranti ini datang dengan suhu sejuk, suam, tiga tahap air panas pratetap dan suhu tepat yang membolehkan pengguna memilih antara 40°C sehingga 95°C mengikuti keperluan.

penapis air acer 1

Isi padu pra–tetap 150ml, 300ml & 500ml membolehkan anda mengisi dengan sukatan yang tepat dengan satu sentuhan dan melaraskan isi padu sebanyak 50ml antara 150ml and 500ml untuk kawalan yang lebih tepat.

penapis air acer 2

{suggest}

Selain itu, anda tidak perlu lagi bimbang tentang penyelenggaraan kerana penapis gantian boleh dibeli dari Acer eStore atau kedai terpilih.

acerpure aqua wp 1 – 5

Penapis air ini tersedia di Acer eStore dan kedai rasmi Acerpure serta kedai Acer Flagship di Shopee. 

  • Klik SINI untuk beli di Shopee

Selain itu, ia juga boleh didapati di kedai fizikal.

WP1 Launch Promo

Acerpure Pro P2 Classic

acerpure pro classic malaysia 3

Ia berharga RM899 dan datang dengan ciri sistem tapisan berkuasa dengan penapis HEPA 3 dalam 1+.

Pembersih udara Acerpure Pro P2 Classic ini boleh menghapuskan 99% formaldehid dan memerangkap 99.9% zarah PM2.5 untuk memastikan persekitaran dalaman yang lebih sihat dan bersih.

acerpure pro classic malaysia 2

Dengan panel sentuhan intuitif yang lebih baik, pengguna boleh memantau kualiti udara dalam masa nyata dan mengawal kelajuan pembersih daripada serta hidupkan turbo atau mod lain.

acerpure pro classic malaysia 1

Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh membeli Acerpure Pro P2 Classic dengan harga istimewa RM599, disertakan dengan penapis yang berharga RM149 dan premium Acerpure untuk pembelian yang dibuat sebelum 21 Jun 2023.

pembersih udara acer 3

  • Klik SINI untuk ke kedai rasmi Acer di Shopee
  • Klik SINI untuk ke kedai rasmi Acerpure di Shopee

acerpure pro classic malaysia 4

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY