Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acerpure Pro Vero

Acerpure Pro Vero, Penapis Udara Berprestasi Tapi Jimat Tenaga

Diterbitkan April 21, 2023 oleh Amsyar Latif

Acer bukan sahaja mengeluarkan komputer semata-mata, mereka juga mempunyai barisan perkakas rumah seperti penapis udara.

Acerpure Pro Vero merupakan penapis udara yang diperbuat daripada pada kitar semula PCR. Dikatakan, casisnya adalah 35% daripada bahan PCR yang mana dapat mengurangkan sebanyak 20% karbon dioksida semasa proses pembuatannya.

Pun begitu, rekaannya masih lagi cantik dan moden dengan kemasan kusam (matte) serta panel LED untuk pengoperasian.

Acerpure Pro Vero, Penapis Udara Berprestasi Tapi Jimat Tenaga

Penapis udara terbaru ini dilengkapi dengan sensor kualiti udara PM2.5 untuk mengesan partikel yang berada di dalam rumah dan ia secara automotik akan menukar mod dalam masa nyata.

Acerpure Pro Vero_

Terdapat tiga pencahayaan notifikasi berdasarkan kualiti udara – hijau, kuning dan merah. Manakala ‘green mode’ pula mampu dikendalikan dalam sumber tenaga yang efisien mengikut persekitaran. Malah, ia juga mempunyai mod senyap.

Berkaitan

  • Selepas 25 Tahun, Penghantaran Sewaan DVD Netflix Bakal Ditamatkan
  • Acer Perkenal Predator Orion X, PC Berkuasa Dalam Saiz Lebih Kompak

Melengkapkannya, Acerpure Pro Vero turut didatangkan bersama penapis HEPA 3 dalam 1 dengan kapas karbon. Ia dikatakan mampu menapis bakteria dan 99.9% partikel PM2.5 yang berada di udara. Tambahan lagi, ia juga berkesan dalam menapis gas alergen menerusi sistem perlindungan 4 lapis.

Acerpure Pro Vero, Penapis Udara Berprestasi Tapi Jimat Tenaga

Buat masa sekarang, penapis udara ini hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja seperti Taiwan dan pasaran terpilih di Pan Asia Pasifik dan wilayah EMEA bermula Mei ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY