Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Laptop Gaming’ Premium Acer Predator Triton 16 Dengan Skrin 240Hz

‘Laptop Gaming’ Premium Acer Predator Triton 16 Dengan Skrin 240Hz

Diterbitkan Mei 26, 2023 oleh ariff bukhari

Acer melebarkan lagi portfolio komputer riba gaming dan premium mereka dengan melancarkan Predator Triton 16 (PT16-51).

Bagi memenuhi keperluan pemain tegar permainan komputer yang mahukan perkakasan berkuasa untuk sebuah komputer riba, Acer Predator Triton 16 dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Gen-13 dan grafik yang dikuasakan oleh NVIDIA  GeForce RTX 4070 yang tersedia dengan ciri NVIDIA DLSS 3 dan Max-Q technology.

‘Laptop Gaming’ Premium Acer Predator Triton 16 Dengan Skrin 240Hz
Skrin Predator Triton 16 tersedia menyokong ciri  NVIDIA Advanced Optimus dan NVIDIA G-SYNC untuk memberikan imej yang lancar dan kaya dengan warna sekaligus memberikan visual permainan pada tahap terbaik ketika bermain permainan.

Ia dipadankan dengan paparan IPS WQXGA 2560 x 1600 bersaiz 16 inci (16:10) yang menyokong kadar segar sehingga 240Hz dan tetapan kadar kecerahan skrin sehingga 500 nits.

‘Laptop Gaming’ Premium Acer Predator Triton 16 Dengan Skrin 240Hz
Warna RGB Papan kekunci Predator Triton 16 boleh dikustomasi bagi setiap kekunci menerusi aplikasi terbina PredatorSense.

Acer Predator Triton 16  juga padat dengan sambunga untuk pelbagai jenis peranti termasuklah 2x sambungan USB 3.2 Gen 2, HDMI 2.1, USB Type-C dengan Thunderbolt 4, dan pembaca kad Micro SD.

‘Laptop Gaming’ Premium Acer Predator Triton 16 Dengan Skrin 240Hz
Predator Triton 16 meyokong sehingga 32GB RAM dan storan SSD 2TB.

Predator Triton 16 (PT16-51) akan berada di pasaran Amerika Utara pada bulan September 2023 dengan harga jualan bermula dari USD1,799.99 (~RM8274).

Berkaitan

  • MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap
  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • Acer Swift Edge 16 Kini Dengan Sambungan Wi-Fi 7

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY