Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
70mai Dash Cam A510

70mai Dash Cam A510 Baharu Dilancar, Kejelasan Dan Keselamatan Dipertingkat, Hanya Dari RM399

Diterbitkan Mei 23, 2024 ยท Dikemas kini Mei 23, 2024 oleh ariff bukhari

70mai di Malaysia Autoshow 2024 pada 22 Mei 2024 lepas telah melancarkan kamera papan pemuka 70mai Dash Cam A510 baharu untuk kereta.

A510 merupakan legasi A500 yang paling laris dari 70mai dengan merekodkan lebih 500,000 unit terjual di seluruh dunia.

A510 dilengkapi penderia Sony STARVIS 2 IMX675 yang berupaya merakam penglihatan malam dan julat dinamik tinggi (HDR) untuk visual yang jelas dalam sebarang keadaan pencahayaan.

Algoritma yang dipertingkat meningkatkan lagi imej rakaman dengan ditambah dengan teknologi MaiColorVivid+ SolutionTM dan 70maiNight OwlVisionTM.

70mai Dash Cam A510 2

Tidak sekadar memfokuskan kualiti video, A510 turut menawarkan set lengkap ciri yang direka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan.

Daripada ciri ADAS (Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan) yang memberi amaran tentang potensi bahaya di jalan raya, ia juga dimuatkan GPS terbina dalam untuk menjejaki perjalanan anda dan pengawasan tempat letak kereta 24 jam sebagai ciri keselamatan tambahan.

Malah, kamera belakang kini menampilkan rakaman selang masa, memastikan liputan visual berterusan dari kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kenderaan anda.

70mai Dash Cam A510 1

Alami sendiri 70mai Dash Cam A510 dan dapatkan harga eksklusif bermula dari RM399 di gerai 70mai yang terletak di Dewan A di Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung dari 22 hingga 26 Mei 2024 di MAEPS, Serdang.

Beli 70mai Dash Cam di stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.io/cll62zp
  • Lazada – https://invol.co/cll62zj

Berkaitan

  • 70mai Lancar 'Dash Cam' Boleh Putar 360 Darjah Pertama
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media 70mai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY