OnePlus Malaysia Umum Kedatangan OnePlus Nord Untuk Pasaran Tempatan

OnePlus belum pun dilancarkan secara rasmi dan kita semua baru sahaja mengetahui tarikh pelancarannya pada 21 Julai ini. Seiring dengan itu OnePlus Malaysia turut mengumumkan peranti tersebut akan turut hadir untuk pasaran tempatan.

Walau bagaimanapun tiada tarikh pelancaran untuk Malaysia yang dinyatakan. Hanya 'coming soon' sahaja yang kelihatan. Ia dipaparkan melalui laman web rasmi mereka.



Mengenai OnePlus Nord, ia merupakan peranti kelas pertengahan premium yang dijangka dijual pada harga mampu milik. Untuk spesifikasi, ia bakal dimuatkan dengan cip Snapdragon 765G serta dwi-lensa swafoto.

Perkongsian lanjut mengenai kehadiran peranti ini di pasaran mungkin akan diberitahu tidak lama lagi.

Sumber: OnePlus

Berkaitan