Lebih 100 organisasi di seluruh dunia, termasuk OpenAI dan pesaingnya Anthropic, menandatangani surat terbuka yang menggesa usaha global bagi memperkukuh pertahanan siber terhadap ancaman keselamatan yang dipacu kecerdasan buatan (AI). “Kita mempunyai tempoh yang terhad untuk memperkukuh pertahanan siber,” menurut surat tersebut. “Dalam beberapa bulan akan datang, serangan siber yang didayakan AI akan menjadi jauh…
HP Peroleh Hak Ke Atas Sebahagian Paten Wi‑Fi Milik Huawei
Huawei dan HP Inc. baru-baru ini menandatangani perjanjian pelesenan silang paten global yang akan berlangsung selama beberapa tahun. Melalui perjanjian ini, HP memperoleh hak ke atas sebahagian paten Wi‑Fi milik Huawei, sekali gus memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran komputer dan peranti periferal. Alan Fan, Ketua Pegawai Harta Intelek Huawei, menegaskan bahawa perjanjian ini mencerminkan komitmen…
OPPO Atasi Pesaing Telefon Pintar Lain Di Malaysia Bagi Suku Ke-2 2026
Laporan terbaharu Omdia bagi suku kedua 2026 menunjukkan corak persaingan sengit dalam pasaran telefon pintar di Malaysia di sebalik trend kenaikan harga peranti di peringkat rantau. Peningkatan kos komponen memori telah mendorong inflasi harga jualan, sekali gus mengurangkan kuantiti penghantaran peranti, sekali gus menyaksikan menyaksikan pasaran telefon pintar di Asia Tenggara merudum ke Paras terendah…
Jutaan Buku Di Internet Archive Masih Didigitalkan Halaman Demi Halaman
Dalam perlumbaan membangunkan kecerdasan buatan (AI), buku fizikal turut menjadi antara sumber data yang bernilai. Malah, dokumen mahkamah pada 2025 mendedahkan Anthropic membeli jutaan buku bercetak sebelum jilidnya ditanggalkan, halaman dipotong mengikut saiz yang sesuai untuk pengimbasan dan kemudian salinan fizikal tersebut dibuang selepas ditukar kepada format digital. Kaedah yang dikenali sebagai destructive scanning itu…
Penyelidik Bangunkan Robot Tanpa Kaki Dengan “Kulit” Kirigami
Sekumpulan penyelidik dari University of Southern Denmark (SDU) membangunkan robot lembut tanpa kaki yang mampu merangkak, membelok dan mengelakkan halangan dengan menggunakan gabungan otot boleh kembung serta “kulit” berasaskan kirigami. Robot yang dibangunkan pasukan SDU Soft Robotics itu mengambil inspirasi daripada cara haiwan tanpa kaki seperti cacing bergerak dengan mengubah bentuk badan sambil memanfaatkan geseran…
China Perkenal 3 Robot “Pandai” Memasak Di WRC 2026
Sebuah syarikat China, XiangLu Robotics mencipta sejarah di Persidangan Robot Dunia (WRC) 2026 apabila memperkenalkan tiga robot baharu yang bakal mengubah landskap teknologi dapur. Robot pertama mereka yang pandai memasak dikenali sebagai CookingMuse (Chuqi) adalah model asas robot memasak pertama di dunia yang dilatih menggunakan data sebenar dari dapur. Ia membolehkan AI bukan sekadar mengikut…
