Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
robot cacing

Penyelidik Bangunkan Robot Tanpa Kaki Dengan “Kulit” Kirigami

Diterbitkan Ogos 28, 2026 · Dikemas kini Ogos 28, 2026 oleh Amsyar Latif

Sekumpulan penyelidik dari University of Southern Denmark (SDU) membangunkan robot lembut tanpa kaki yang mampu merangkak, membelok dan mengelakkan halangan dengan menggunakan gabungan otot boleh kembung serta “kulit” berasaskan kirigami.

Robot yang dibangunkan pasukan SDU Soft Robotics itu mengambil inspirasi daripada cara haiwan tanpa kaki seperti cacing bergerak dengan mengubah bentuk badan sambil memanfaatkan geseran pada permukaan. Kajian tersebut sebenarnya diterbitkan pada Jun 2025, namun rakaman robot berkenaan kembali mendapat perhatian di media sosial baru-baru ini.

Dari segi binaan, robot tersebut menggunakan sepasang aktuator lembut pneumatik yang boleh dikembungkan, berfungsi seperti otot tiruan. Ruang dalaman aktuator dikembung dan dikempiskan secara berulang dengan masa yang dikawal bagi menghasilkan perubahan bentuk badan dan menggerakkan robot ke hadapan.

Screenshot 2026-08-28 at 3.32.00 PM

Apa yang lebih menarik ialah bahagian luarnya dilitupi kulit fleksibel berasaskan kirigami, seni memotong dan melipat bahan yang berasal dari Jepun. Struktur ini direka supaya mempunyai tahap geseran berbeza mengikut arah, membolehkan sebahagian badan mencengkam permukaan sementara bahagian lain bergerak ke hadapan.

Menurut penyelidik, kulit kirigami itu juga mampu memanjang lebih 50% sambil menyesuaikan diri dengan perubahan bentuk badan robot.

Robot itu bukan sekadar bergerak dalam garisan lurus. Dengan menggunakan corak pergerakan badan yang tidak simetri, ia boleh membuat pusingan luas atau berpusing di tempat.

Pada bahagian hadapannya pula terdapat dua sensor jarak yang digunakan untuk mengesan halangan. Dalam ujian yang dijalankan pada permukaan kasar dan kawasan dengan beberapa halangan, maklumat daripada sensor digunakan bersama antara muka manusia-mesin bagi membantu robot menyesuaikan pergerakannya dan mengelakkan pelanggaran.

Buat masa ini, teknologi tersebut masih berada pada peringkat penyelidikan. Antara penambahbaikan yang dicadangkan termasuk menjadikannya bebas daripada sumber kuasa luaran serta melengkapkannya dengan komunikasi tanpa wayar.

Pada masa hadapan, konsep robot lembut sebegini berpotensi digunakan di kawasan sempit dan sukar dicapai, termasuk untuk operasi mencari dan menyelamat, pemantauan alam sekitar serta pemeriksaan industri.

Berkaitan

  • Syarikat Jepun Lancar Jarum Insulin Tanpa Rasa Sakit
  • Membeli Barangan Terpakai Mampu Jimatkan 9 Juta Pokok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY