Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

JPDP Siasat Penzahiran Data Peribadi Pelanggan Maxis Tanpa Kebenaran

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden penzahiran data peribadi pelanggan Maxis tanpa kebenaran yang tular di media sosial. Dalam kenyataan hari ini, JPDP memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Prinsip-Prinsip Perlindungan Data Peribadi serta Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), yang melibatkan kesalahan berkaitan pengumpulan atau penzahiran data…

MDEC Dalam Proses Batal Status Malaysia Digital Terhadap Pengendali Network School

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital terhadap NSO Malaysia yang mengendalikan Network School di Forest City, Iskandar Puteri, Johor. Memetik laporan Bernama, MDEC menyatakan tindakan itu dibuat susulan pihaknya mengambil maklum keputusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang membatalkan lesen perniagaan NSO. Menurutnya, syarat-syarat yang ditetapkan bagi status…

Apple Baiki Kelemahan ‘Hide My Email’ Yang Boleh Dedahkan Alamat E-mel Sebenar Pengguna

Apple mengesahkan telah membaiki kelemahan pada ciri Hide My Email yang berpotensi mendedahkan alamat e-mel sebenar pengguna. Menurut syarikat itu, pembaikan telah dilaksanakan menerusi tampalan keselamatan yang dikeluarkan pada 3 Julai lalu. Sebagai rujukan, Hide My Email merupakan ciri yang disediakan kepada pelanggan iCloud+ untuk menjana alamat e-mel sementara secara rawak ketika mendaftar akaun atau…

Claude Code Kini Boleh Jalankan iOS Simulator Terus Dalam Desktop

Anthropic mengumumkan Claude Code Desktop kini menyokong iOS Simulator, sekali gus memudahkan pembangun membina, menjalankan dan menguji aplikasi iPhone tanpa perlu bertukar antara beberapa tetingkap. Melalui ciri baharu ini, iOS Simulator akan dipaparkan dalam satu panel di sebelah perbualan bersama Claude. Apabila Claude membina, memasang, melancarkan atau menguji aplikasi, panel tersebut akan dibuka secara automatik…

Google Perkenal Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite Dan 3.5 Flash Cyber

Google kini memperkenalkan Gemini 3.6 Flash sebagai model AI terbaharu dalam siri Flash, kira-kira dua bulan selepas pelancaran Gemini 3.5 Flash. Bersama model baharu itu, Google turut mengumumkan Gemini 3.5 Flash-Lite serta Gemini 3.5 Flash Cyber yang dibangunkan khusus untuk keselamatan siber. Gemini 3.6 Flash Tawar Prestasi Lebih Baik Pada Kos Lebih Rendah Gemini 3.6…

Pengguna Instagram Kini Boleh Tukar Lagu Pada Siaran Lama Tanpa Muat Naik Semula

Instagram kini membolehkan pengguna menukar lagu pada siaran Instagram Feed yang telah dimuat naik tanpa perlu memadam atau memuat naik semula siaran tersebut. Sebelum ini, pengguna perlu memadam dan memuat naik semula sesuatu siaran jika mahu menukar muzik, sekali gus menyebabkan semua tanda suka, komen dan perkongsian yang telah dikumpulkan hilang. Satu-satunya pengecualian ialah apabila lagu…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,696
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress