Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital terhadap NSO Malaysia yang mengendalikan Network School di Forest City, Iskandar Puteri, Johor. Memetik laporan Bernama, MDEC menyatakan tindakan itu dibuat susulan pihaknya mengambil maklum keputusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang membatalkan lesen perniagaan NSO. Menurutnya, syarat-syarat yang ditetapkan bagi status…
Claude Code Kini Boleh Jalankan iOS Simulator Terus Dalam Desktop
Anthropic mengumumkan Claude Code Desktop kini menyokong iOS Simulator, sekali gus memudahkan pembangun membina, menjalankan dan menguji aplikasi iPhone tanpa perlu bertukar antara beberapa tetingkap. Melalui ciri baharu ini, iOS Simulator akan dipaparkan dalam satu panel di sebelah perbualan bersama Claude. Apabila Claude membina, memasang, melancarkan atau menguji aplikasi, panel tersebut akan dibuka secara automatik…
Google Perkenal Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite Dan 3.5 Flash Cyber
Google kini memperkenalkan Gemini 3.6 Flash sebagai model AI terbaharu dalam siri Flash, kira-kira dua bulan selepas pelancaran Gemini 3.5 Flash. Bersama model baharu itu, Google turut mengumumkan Gemini 3.5 Flash-Lite serta Gemini 3.5 Flash Cyber yang dibangunkan khusus untuk keselamatan siber. Gemini 3.6 Flash Tawar Prestasi Lebih Baik Pada Kos Lebih Rendah Gemini 3.6…
Pengguna Instagram Kini Boleh Tukar Lagu Pada Siaran Lama Tanpa Muat Naik Semula
Instagram kini membolehkan pengguna menukar lagu pada siaran Instagram Feed yang telah dimuat naik tanpa perlu memadam atau memuat naik semula siaran tersebut. Sebelum ini, pengguna perlu memadam dan memuat naik semula sesuatu siaran jika mahu menukar muzik, sekali gus menyebabkan semua tanda suka, komen dan perkongsian yang telah dikumpulkan hilang. Satu-satunya pengecualian ialah apabila lagu…
Threads Bakal Dilengkapi Ciri Kawalan Ibu Bapa
Meta kini mengumumkan ciri penyeliaan ibu bapa (parental supervision) akan diperkenalkan di Threads sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan remaja yang menggunakan platform tersebut. Bermula minggu depan di Amerika Syarikat, ibu bapa dan penjaga yang menggunakan Family Center boleh memantau serta mengurus penggunaan Threads oleh remaja, sama seperti ciri yang sudah tersedia pada aplikasi Meta…
