Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kabel USB Murah Didapati Mengandungi Plastik Berbahaya – EU

Pihak berkuasa pengawasan pasaran (MSA) melalui Direktorat Jeneral untuk Pasaran Dalaman, Industri, Keusahawanan dan PKS (DG GROW) Suruhanjaya Eropah telah menjalankan kempen ujian ke atas 173 produk elektrik dan elektronik di pasaran EU. Hasilnya mengejutkan apabila mereka dapati 53% produk yang diuji gagal mematuhi piawaian keselamatan kerana mengandungi bahan berbahaya melebihi had yang dibenarkan. Antara…

Penyelidik Dedah Kelemahan Sistem FIFA, Didakwa Boleh Akses Sistem Kawalan Siaran Piala Dunia

Seorang penyelidik keselamatan siber mendakwa menemui kelemahan dalam sistem dalaman FIFA yang membolehkan individu tanpa kebenaran mengakses beberapa platform penting berkaitan siaranĀ Piala Dunia FIFA 2026. Menurut laporan TechCrunch, penyelidik yang menggunakan nama BobDaHacker berkata beliau hanya mendaftarkan akaun sebagai ejen pemain menerusi platform pendaftaran ejen rasmi FIFA. Menurutnya, kelemahan pada back-end API FIFA tidak mengesahkan…

Apple Akan Naikkan Harga Susulan Krisis Bekalan Cip Memori, Tim Cook Kata “Tak Dapat Dielakkan”

Apple merancang untuk menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan mendadak kos cip memori dan storan. Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Apple, Tim Cook, dalam temu bual bersama The Wall Street Journal. “Malangnya, kenaikan harga tidak dapat dielakkan. Kami berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan kesan kenaikan harga yang dikenakan kepada kami, dan kami juga cuba…

Tribunal Bagi Antibuli Dilancar, Aduan Boleh Dikemuka Melalui Portal Awam

Kerajaan hari ini melancarkan Tribunal bagi Antibuli yang diwujudkan di bawah Seksyen 25 Akta Antibuli 2026 bagi mengendalikan kes berkaitan salah laku buli secara khusus. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, tribunal tersebut berfungsi untuk menangani, mengadili dan membuat keputusan terhadap kes buli dengan pendekatan yang…

RTM Perkukuh RTMKlik Dengan Kawalan Geo-Lokasi Pelbagai Lapisan Susulan Isu Akses Guna VPN

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan pihaknya telah memperkukuh keselamatan RTMKlikĀ susulan laporan berkaitan akses siaran Piala Dunia FIFA 2026 menggunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dari luar negara. Dalam satu kenyataan, RTM berkata langkah tersebut melibatkan kawalan geo-lokasi pelbagai lapisan bagi melindungi hak siaran eksklusif yang dimiliki di Malaysia serta menjaga kepentingan pelaburan dalam industri kreatif tempatan….

DJI Osmo Pocket 4P Dilancarkan Di China, Dilengkapi Sistem Dwi-Kamera

DJI kini melancarkan Osmo Pocket 4P untuk pasaran China, kira-kira sebulan selepas kamera itu diperkenalkan buat pertama kali sempena Festival Filem Cannes. Osmo Pocket 4P hadir dengan sistem dwi-kamera yang menggabungkan sensor utama 1 inci bersama lensa telefoto. Kamera utama menggunakan sensor CMOS 1 inci dengan teknologi LOFIC, apertur f/2.0 dan panjang fokus 20mm, manakala…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,643
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress