Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Denuvo Berjaya Dipintas Lagi, Teknik ‘Hypervisor’ Benarkan ‘Game’ Kena ‘Crack’ Sejurus Ia Dilancarkan

Sistem perlindungan hak cipta (DRM) yang sering dianggap sebagai benteng paling kukuh dalam industri permainan video, Denuvo, dilaporkan telah berjaya dipintas sekali lagi oleh kumpulan penggodam melalui teknik yang lebih canggih. Berdasarkan laporan terbaharu, pintasan kali ini menggunakan kaedah berasaskan hypervisor yang membolehkan judul permainan besar (AAA) dipintas serta-merta pada hari pertama pelancaran, atau lebih…

U Mobile, TM Mula Mesyuarat Pertama Kerjasama 5G – Perjanjian Sedang Dimuktamadkan

U Mobile baru-baru ini mengadakan mesyuarat permulaan bagi projek kerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM), susulan pemeteraian perjanjian borong 5G selama tiga tahun pada Februari 2026. Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Teknologi U Mobile Woon Ooi Yuen berkata kedua-dua pihak sedang memuktamadkan perjanjian itu, dan syarikat berada di landasan tepat untuk menyediakan rangkaian 5G kepada…

Eropah Diseru Beralih Daripada Bahan Bakar Fosil, Tumpu Tenaga Hijau

Kebergantungan Eropah terhadap import bahan bakar fosil merupakan “kerentanan kritikal” yang menyukarkan kestabilan harga, kata seorang pegawai kanan Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Selasa, sambil menyeru pelaburan lebih besar dalam tenaga hijau. “Kebergantungan tenaga Eropah semakin menyukarkan usaha mengekalkan kestabilan harga,” tulis Frank Elderson, anggota lembaga eksekutif ECB, dalam catatan blog. Eropah perlu “beralih…

AFP, Gemini

Google Tambah Ciri Kecemasan Baharu Dalam Gemini

Google pada Selasa mengumumkan kemas kini terhadap ciri perlindungan kesihatan mental bagi chatbot kecerdasan buatan (AI) Gemini, ketika syarikat itu berdepan saman kematian salah yang mendakwa chatbot berkenaan membantu seorang pengguna membunuh diri. Gergasi teknologi itu memaklumkan Gemini kini akan memaparkan ciri baharu “Bantuan tersedia” (“Help is available“) apabila perbualan menunjukkan tanda tekanan mental, bagi…

Google Tambah Tab Menegak, Mod Bacaan Imersif Dalam Chrome

Google Chrome kini menerima kemas kini baharu yang memperkenalkan dua ciri utama iaitu tab menegak dan mod bacaan imersif. Tab menegak ditawarkan sebagai alternatif kepada susun atur tab mendatar yang digunakan sejak awal pelayar Chrome diperkenalkan. Melalui ciri ini, tab akan dipaparkan di bahagian sisi tetingkap, membolehkan pengguna melihat tajuk halaman secara penuh dan lebih…

Anthropic Sengaja Tidak Tawar Model AI Baharu Kepada Umum Kerana Terlalu Berkuasa

Anthropic pada Selasa memaklumkan bahawa model kecerdasan buatan (AI) baharunya yang masih belum dilancarkan, dikenali sebagai Claude Mythos, menunjukkan keupayaan tinggi dalam mengesan kelemahan perisian. Mythos telah mendedahkan ribuan kerentanan dalam aplikasi yang digunakan secara meluas, termasuk yang belum mempunyai tampalan atau penyelesaian, sekali gus mendorong syarikat itu bekerjasama dengan pakar keselamatan siber bagi memperkukuh…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,530
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress