Acer Malaysia memperkenalkan rangkaian monitor premium baharu yang menyasarkan pengalaman gaming lebih imersif dan berprestasi tinggi. Menerusi model utama Predator X27U F5, monitor OLED 26.5 inci dengan kadar segar semula sehingga 500Hz ini mampu menyampaikan visual lebih tajam. Monitor ini turut menawarkan gamut warna DCI-P3 99%, AMD FreeSync™ Premium Pro, serta VESA DisplayHDR™ True Black…
Pendapatan Iklan Melalui TV Tradisional Dijangka Merosot – Kajian
Menjelang tahun 2030, industri video global dijangka mencatat pendapatan melebihi USD1 trilion, meningkat daripada USD775 bilion pada 2025. Menurut laporan Omdia, pertumbuhan ini dipacu oleh pengiklanan video dalam talian, khususnya di platform sosial seperti Meta, TikTok dan YouTube. Bahagian pengiklanan dijangka melonjak daripada 40% kepada 53% keseluruhan pendapatan, dengan nilai sekitar USD540 bilion. Segmen langganan…
Google AI Pro Kini Hadir Dengan 5TB Storan, Harga Kekal Sama
Google hari ini mengumumkan langganan Google AI Pro kini disertakan dengan 5TB storan. Sebelum ini, pelanggan pelan berharga RM97.99/bulan ini hanya menerima 2TB storan. Dengan peningkatan ini, semua pengguna di seluruh dunia kini mendapat tambahan 3TB dengan harga kekal sama, tanpa kos tambahan. Storan ini boleh digunakan untuk Gmail, Google Drive dan sandaran Google Photos….
Bukan Lagi Peranti Pertengahan, HONOR Siri N Kini Dalam Kategori ‘Flagship’
HONOR Malaysia hari ini mengumumkan peralihan kedudukan bagi barisan siri N mereka daripada segmen kelas pertengahan kepada kategori peranti andalan (flagship). Perubahan ini menyaksikan siri tersebut akan menerima peningkatan dari segi perkakasan dan sistem pengimejan bagi membezakannya dengan model terdahulu. Bagi menyokong kedudukan baharu ini, HONOR mengesahkan siri N akan datang bakal dikuasakan oleh cip…
Lebih Separuh Di Eropah Mengaku ‘Terintai’ Skrin Telefon Orang Lain
Kajian terbaru mendedahkan lebih separuh rakyat Eropah pernah secara tidak sengaja melihat skrin telefon orang lain di tempat awam, manakala hampir satu perempat mengaku melakukannya kerana rasa ingin tahu. Situasi terintai ini pula didapati paling kerap berlaku di pengangkutan awam (57%), diikuti ketika beratur (35%) dan di kafe atau restoran (13%). Walaupun 48% pengguna berasa…
Misi Artemis II Berjaya Dilancarkan, Empat Angkasawan Mula Perjalanan Mengelilingi Bulan
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berjaya melancarkan misi Artemis II yang membawa manusia mengelilingi bulan selepas lebih lima dekad. Dengan dentuman kuat yang bergema jauh melepasi tapak pelancaran, roket besar berwarna jingga dan putih itu meninggalkan Pusat Angkasa Kennedy di Florida sekitar 6:35 petang waktu tempatan (6.35 pagi MYT). Liftoff. The Artemis II mission…
