Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lenovo Perkenal Laptop Konsep Modular – Satu Ekosistem, Banyak Modul, Lebih Produktiviti

Lenovo terus menampilkan produk dengan inovasi menarik apabila memperkenalkan ThinkBook™ Modular AI PC Concept di MWC 2026 sebagai visi baharu komputer masa depan. Konsep ini menekankan reka bentuk modular, membolehkan komponen seperti paparan, papan kekunci, dan port I/O ditanggalkan serta digabung semula mengikut keperluan pengguna. Selain fleksibiliti, konsep ini turut mengintegrasikan kepintaran buatan (AI) untuk…

HONOR Perlihat Peranti Konsep ‘Robot Phone’ Di MWC 2026

HONOR kini memperlihatkan peranti konsep Robot Phone di Mobile World Congress 2026 (MWC 2026) sebagai sebahagian daripada visi Augmented Human Intelligence (AHI) dan ALPHA PLAN. Digambarkan sebagai spesies baru telefon pintar, Robot Phone menggabungkan interaksi kecerdasan buatan (AI) dengan pergerakan setara robot dan kemampuan pengimejan sinematik. Berbeza dengan telefon pintar biasa, Robot Phone boleh bertindak…

Telefon Lipat Paling Nipis, Honor Magic V6 Diperkenalkan Di MWC 2026

Honor memperkenalkan Magic V6 di MWC 2026 sebagai telefon lipat paling nipis dengan ketebalan hanya 8.75mm. Ia hadir dengan bateri 6,600mAh berteknologi silikon-karbon generasi kelima, menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 66W tanpa wayar. Magic V6 juga menjadi telefon lipat pertama dengan penarafan IP68 dan IP69, menjadikannya tahan debu, air, serta pancutan air bersuhu tinggi….

AFP

Pengguna Aktif Mingguan ChatGPT Kini Cecah 900 Juta

OpenAI mengesahkan ChatGPT kini mempunyai lebih 900 juta pengguna aktif mingguan, hampir mencapai 1 bilion. Angka pengguna aktif mingguan ini menunjukkan peningkatan 100 juta sejak laporan terakhir pada Disember 2025. Pada masa sama, syarikat turut berkongsi platform ini kini mempunyai 50 juta pengguna berbayar. Menurut OpenAI, jumlah pelanggan berbayar menunjukkan peningkatan ketara sejak awal tahun…

Paramount Akhirnya Bakal Ambil Alih Warner Bros. Discovery

Paramount Skydance bakal mengambil alih Warner Bros. Discovery (WBD) melalui perjanjian penggabungan bernilai sekitar AS$110 bilion. Sebelum ini, WBD pernah menandatangani perjanjian bernilai kira-kira AS$82.7 bilion untuk menggabungkan sebahagian perniagaan (Warner Bros.) dengan Netflix. Namun, Paramount meneruskan usaha pengambilalihan secara agresif melalui beberapa tawaran susulan. Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila WBD menilai tawaran terakhir daripada Paramount…

REDMI Buds 8 Pro Kini Tawar ANC Sehingga 55dB

Xiaomi memperkenalkan REDMI Buds 8 Pro, fon telinga tanpa wayar premium dengan pengalaman audio imersif dan kawalan pintar. Kini menghasilkan bass yang lebih dalam, vokal lebih jelas dan bunyi yang seimbang, ia turut menyokong Dolby Audio untuk tontonan filem, permainan dan muzik lebih mengujakan. Malah REDMI Buds 8 Pro turut menawarkan spatial audio dengan mod…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,473
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress