Tune Talk hari ini mengumumkan pelancaran Skim Amanah Saham Pekerja (ESTS), sekali gus menjadikannya sebagai telco pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada kakitangannya untuk menjadi rakan ekuiti. Pngumuman ini dibuat menjelang Tawaran Awam Permulaan (IPO). Inisiatif ini menunjukkan komitmen syarikat itu dalam menjaga kebajikan jangka panjang pekerja mereka dengan membolehkan mereka berkongsi nilai yang…
Maxis Dilantik Penyedia Infrastruktur Rangkaian 4G, 5G Sepanjang Jajaran ECRL
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) melantik Maxis sebagai penyedia infrastruktur rangkaian mudah alih 4G dan 5G di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pendekatan itu bukan sahaja mengoptimumkan penggunaan infrastruktur, tetapi juga membolehkan penyedia perkhidmatan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengalaman pengguna serta kualiti perkhidmatan. Beliau berkata…
Durioo+ Kini Tawar Akses Tontonan Percuma
Durioo+, platform penstriman yang memfokuskan kandungan selamat untuk kanak-kanak, kini menawarkan akses tontonan percuma kepada semua pengguna. Menerusi versi percuma ini, pengguna boleh menonton lebih 3,000 video. Namun begitu, tontonan disertakan dengan iklan dan hanya boleh digunakan pada satu peranti dalam satu masa bagi setiap akaun. Bagi yang mahukan akses penuh, Durioo+ turut menawarkan pelan…
Kad Grafik Dengan Penyejukan Cecair Terbina Skrin 8″ Ini Berharga ~RM25,000
Pada Januari lepas, MSI telah pun melancarkan GeForce RTX™ 5090 32G LIGHTNING Z, kad grafik flagship dengan ciri penyejukan cecair serta terbina skrin bersaiz 8″ pertama di dunia. Kini, kad grafik tersebut telah pun disenaraikan di laman rasmi MSI Taiwan dengan tanda harga NT$165,000 atau sekitar RM25,000. Direka khas untuk peminat prestasi ekstrem, ia dilengkapi…
Pengguna Facebook Kini Boleh ‘Hidupkan’ Gambar Profil Dengan Meta AI
Facebook hari ini memperkenalkan beberapa ciri baharu yang dikuasakan Meta AI, membolehkan pengguna lebih kreatif ketika berkongsi foto, siaran dan Stories. Dengan Meta AI, gambar profil yang sebelum ini pegun (still photo) kini boleh ‘dihidupkan’ dengan animasi ringkas seperti melambai, konfeti, topi parti, fon kepala atau hati. Menurut Meta, lebih banyak animasi akan ditambah sepanjang tahun,…
China Bakal Lancar Teknologi Brek Elektronik Baharu Untuk EV
China sedang bersiap untuk melancarkan sistem brek elektronik penuh, dikenali sebagai Electronic Mechanical Braking (EMB), menjelang 2026. Teknologi ini menggantikan sistem hidraulik tradisional dengan aktuator elektronik, sekaligus menyokong pembangunan kenderaan elektrik. Sistem brek hidraulik tradisional mempunyai kelewatan 300–600 ms dan mudah terjejas oleh suhu sejuk. Sebaliknya, EMB menggunakan motor elektrik untuk mengawal pad brek secara…
