Proton hari ini akhirnya mengumumkan model terbaharu bagi SUV terhangat mereka iaitu X50 2026 yang menerima peningkatan bukan sahaja dari aspek penampilan luaran, tetapi juga kuasa. Peningkatan paling besarnya sudah tentulah ke atas enjinnya yang kini dilengkapi enjin i-GT 1.5TD 4 silinder (model X50 terdahulu menggunakan enjin 3 silinder) yang membolehkan pecutan 0–100km/j hanya dalam…

Apple Mungkin ‘Ketepikan’ AI Sendiri – Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri
Apple sedang mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) daripada Anthropic atau OpenAI bagi versi baharu Siri, lapor Bloomberg. Difahamkan, Apple telah berbincang dengan kedua-dua syarikat itu mengenai kemungkinan menggunakan model bahasa raya (LLM) mereka untuk menggerakkan Siri. Kedua-dua syarikat kini sedang melatih versi khusus model AI masing-masing supaya boleh berfungsi dengan pelayan Private Cloud…

MacBook Akan Dikuasakan Pemproses iPhone, Harga Lebih Murah
Apple dijangka akan melancarkan model MacBook yang lebih mampu milik menjelang akhir 2025 atau pada awal 2026 nanti. Ia berdasarkan ramalan oleh penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo. MacBook mampu milik ini dikhabarkan akan menggunakan pemproses A18 Pro, iaitu cip yang sama digunakan dalam iPhone 16 Pro menggantikan cip siri M yang digunakan dalam barisan komputer Macintosh….

MyEG Tukar Nama Kepada Zetrix AI – Berkuat Kuasa 3 Julai
MyEG Services Berhad (MyEG) hari ini mengumumkan pertukaran nama rasmi syarikat kepada Zetrix AI Berhad, yang akan berkuat kuasa 9 pagi, 3 Julai 2025. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu turut memaklumkan bahawa singkatan dagangan saham akan ditukar daripada MyEG kepada Zetrix. Menurut MyEG, perubahan nama ini mencerminkan identiti baharu syarikat yang lebih…

WhatsApp Perkenal Ciri Ringkasan Mesej AI, Isu Privasi Jadi Persoalan
WhatsApp kini memperkenalkan ‘Messages Summaries’, iaitu ciri yang membolehkan Meta AI merumuskan mesej yang belum dibaca secara automatik tanpa perlu tatal semuanya satu per satu. Bagi memastikan privasi terjaga, teknologi Private Processing digunakan untuk melindungi interaksi pengguna dengan model AI ini. Ia berfungsi dengan mewujudkan “persekitaran awan yang selamat”, di mana Meta atau WhatsApp sendiri…

TomTom Buang 300 Pekerja, Alih Fokus kepada AI
Syarikat navigasi Belanda, TomTom, mengumumkan bakal mengurangkan 300 jawatan (10% daripada 3,600 pekerja global) dalam usaha mengurangkan kerugian dan beralih kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI). Langkah ini melibatkan unit pembangunan aplikasi, jualan dan sokongan. TomTom, yang dahulunya pelopor peranti navigasi digital, kini bergelut selepas pengguna beralih ke aplikasi telefon pintar. Jangkaan hasil syarikat turut menurun…