Setelah menerima kelulusan SIRIM pada awal minggu ini, Nintendo akhirnya mengesahkan tarikh rasmi pelancaran konsol generasi baharu Switch 2 di Malaysia, iaitu pada 3 Julai 2025. Negara Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand dan Filipina pula dijadualkan menerima Switch 2 lebih awal, iaitu pada 26 Jun ini, menjadikan pelancaran di Malaysia sedikit lewat berbanding negara jiran….

Pengguna Android Digesa Buang Segera 20 Aplikasi Ini Dari Peranti
Penyelidik keselamatan dari Makmal Penyelidikan dan Perisikan Cyble (CRIL) baru-baru ini melaporkan penemuan sejumlah 20 aplikasi berbahaya yang aktif menyasarkan pengguna Android yang memasang aplikasi dompet kripto. Aplikasi-aplikasi ini didapati menyamar sebagai dompet popular yang direka untuk mencuri maklumat penting pengguna. Cara aplikasi-aplikasi ini menipu pengguna dengan meminta pengguna memasukkan frasa pemulihan 12 perkataan (12-word…

Hyundai Kini Urus Sendiri Operasi Di Malaysia, Kenderaan Akan Dipasang Secara Tempatan Mulai 2025
Hyundai Motor Company (HMC) kini mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan penubuhan Hyundai Motor Malaysia (HMY), sebuah entiti tempatan baharu yang akan mengendalikan operasi jenama ini secara langsung. Langkah ini menandakan peralihan penting daripada model pengedaran bersama Sime Motors kepada pendekatan yang dikendalikan terus oleh prinsipal. Melalui strategi ini, Hyundai mengambil alih tanggungjawab penuh terhadap pengurusan…

Maglev China Capai Kelajuan 650 Km/j Dalam 7 Saat
China berjaya membuat pencapaian besar dalam teknologi maglev (magnetic levitation) apabila pasukan penyelidik di Makmal Donghu, Hubei berjaya melancarkan kenderaan ujian seberat 1.1 tan mencapai kelajuan sehingga 650 km/j hanya dalam masa 7 saat. Kejayaan ini dicapai dengan jarak pecutan 600 meter di atas landasan sejauh 1,000 meter, menjadikannya maglev terpantas di dunia setakat ini,…

Netflix Akan Siar Strim Langsung Kandungan TV Perancis
Netflix akan mula strim kandungan TV Perancis secara langsung hasil kerjasama baharu dengan kumpulan penyiaran terkenal di Perancis iaitu TF1, sekali gus menjadikan perjanjian ini yang pertama seumpamanya di dunia antara Netflix dengan penyiar televisyen utama. Dilancarkan pada musim panas 2026, pelanggan Netflix di Perancis akan dapat mengakses sebanyak lima saluran TV TF1 dan kandungan…

Nothing Phone (3) Sah Terima Kemas Kini Sehingga 7 Tahun
Nothing mengesahkan bahawa telefon pintar terbaharu mereka, Phone (3), bakal menerima lima tahun kemas kini sistem operasi utama dan tujuh tahun kemas kini keselamatan di mana ia satu peningkatan ketara berbanding model sebelumnya. Langkah ini meletakkan Nothing sebaris dengan jenama-jenama besar seperti Google, Samsung dan HONOR yang kini mula memberi fokus kepada sokongan jangka panjang…