Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Malware

Pengguna Android Digesa Buang Segera 20 Aplikasi Ini Dari Peranti

Diterbitkan Jun 19, 2025 · Dikemas kini Jun 19, 2025 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Makmal Penyelidikan dan Perisikan Cyble (CRIL) baru-baru ini melaporkan penemuan sejumlah 20 aplikasi berbahaya yang aktif menyasarkan pengguna Android yang memasang aplikasi dompet kripto.

Aplikasi-aplikasi ini didapati menyamar sebagai dompet popular yang direka untuk mencuri maklumat penting pengguna.

Pengguna Android Digesa Buang Segera 20 Aplikasi Ini Dari Peranti
Akaun pembangun sebelum ini menghoskan aplikasi permainan tetapi kini mengedarkan aplikasi pancingan data berniat jahat.

Cara aplikasi-aplikasi ini menipu pengguna dengan meminta pengguna memasukkan frasa pemulihan 12 perkataan (12-word mnemonic phrase) mereka yang merupakan frasa rahsia yang digunakan untuk akses ke dompet kripto.

Sebaik pengguna memasukkan frasa ini, penggodam akan boleh mengambil alih sepenuhnya dompet dan mencuri aset kripto mereka.

Pengguna Android Digesa Buang Segera 20 Aplikasi Ini Dari Peranti
Pengguna Android Digesa Buang Segera 20 Aplikasi Ini Dari Peranti

Lebih merisaukan, aplikasi ini diedarkan melalui Google Play Store dengan menggunakan akaun pembangun yang telah digodam atau diubah suai.

Berikut dalah senarai aplikasi yang terjejas menurut Cyble:-

Pengguna Android Digesa Buang Segera 20 Aplikasi Ini Dari Peranti

Pengguna Android Digesa Buang Segera 20 Aplikasi Ini Dari Peranti

Pengguna Android Digesa Buang Segera 20 Aplikasi Ini Dari Peranti

Ekoran itu, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum memuat turun aplikasi kripto, dan tidak sesekali berkongsi frasa 12 perkataan walaupun diminta oleh aplikasi.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • AI Boleh Berfikir Macam Manusia? Kajian Apple Dedahkan Realiti Sebenar
  • MCMC Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Telegram, Dua Saluran

Sumber: Cyble

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY