HONOR secara rasmi melancarkan HONOR Pad 10, tablet baharu yang memberi tumpuan kepada produktiviti, visual berkualiti tinggi dan pengalaman berasaskan AI. Ia diumumkan bersama tiga peranti lain dalam barisan baharu HONOR untuk 2025. HONOR Pad 10 hadir dengan paparan 2.5K 120Hz bersaiz besar dan nisbah skrin-ke-badan 88%, dilengkapi gamut warna DCI-P3 dan teknologi AI Dynamic…

TV Samsung Kini Pandai Tengok Muka Anda Dan Sesuaikan Gambar Sendiri
Samsung Malaysia Electronics melancarkan barisan TV AI 2025 dan sistem bunyi premium terbaharu yang menampilkan platform pintar baharu, Samsung Vision AI. Samsung Vision AI merupakan platform berasaskan pembelajaran mendalam yang membolehkan TV mengesan persekitaran, memahami tingkah laku pengguna dan memberikan tindak balas masa nyata. Ia menyokong kawalan isyarat melalui jam tangan Galaxy Watch, menyesuaikan kecerahan…

Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899
HONOR kini secara rasmi melancarkan siri HONOR 400 di Malaysia, menjadikannya pasaran global pertama untuk menerima siri telefon pintar ini. Siri ini terdiri daripada dua model, iaitu HONOR 400 Pro dan HONOR 400. Kedua-duanya hadir dengan teknologi pengimejan AI generasi terkini yang menawarkan pelbagai ciri menarik. Salah satunya ialah ciri AI Image to Video yang…

HUAWEI WATCH 5 Dengan Teknologi X-TAP Dilancarkan Pada Harga RM1,799
Selepas diperkenalkan awal di CES, Huawei secara rasminya melancarkan HUAWEI WATCH 5, model terbaharu dalam siri jam tangan pintar mereka. WATCH 5 hadir dalam dua saiz (42mm dan 46mm) dengan rekaan diinspirasikan dari garis Kármán, iaitu sempadan atmosfera bumi dan angkasa. Ia diperbuat daripada bahan premium seperti keluli tahan karat 904L, keluli 316L, dan logam…

Kamera Half-Frame Kembali, Kali Ini Dalam Bentuk Digital — Ini Fujifilm X half, RM3,398
Fujifilm hari ini melancarkan kamera kompak digital terbaharu mereka, Fujifilm X half (X-HF1). Ditawarkan pada harga rasmi RM3,398 di Malaysia, kamera ini membawakan fotografi filem dalam format digital moden, lengkap dengan rekaan ringan seberat hanya 240 gram. X half diinspirasikan daripada kamera filem klasik half-frame, yang dahulu popular melalui model seperti FUJICA Half keluaran 1963….

Pelayar Chrome Akan Betulkan Kata Laluan Teruk Anda Secara Automatik
Di acara Google I/O Google mengumumkan bahawa ciri pengurus kata laluan, Password Manager dalam pelayar Chrome kini boleh menukar kata laluan secara automatik. Kata laluan akan ditukar sekiranya ia mengesan kata laluan yang digunakan anda itu lemah atau terjejas. Menurut VP Chrome, Parisa Tabriz, perubahan automatik ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan memudahkan pengguna, kerana proses…