Selepas hampir 1 tahun dilancarkan, syarikat telefon pintar berpangkalan di London, Nothing mengesahkan bahawa mereka di bawah jenama CMF akan melancarkan telefon pintar terbaru CMF Phone 2 Pro. Nothing mendedahkan, peranti itu akan dilancarkan pada 28 April 2025 akan datang. Selain itu, Nothing turut memaklumkan bahawa mereka akan turut memperkenalkan barisan produk audio terbaru CMF…

Sony Umum Kenaikan Harga PlayStation 5 Di Empat Pasaran
Sony Interactive Entertainment (SIE) kini mengumumkan kenaikan harga konsol PlayStation5 di empat pasaran utama, berkuat kuasa mulai 14 April 2025. Menerusi kenyataan rasmi di blog PlayStation, syarikat itu memetik latar belakang persekitaran ekonomi yang mencabar, termasuk kadar inflasi yang tinggi dan turun naik kadar pertukaran mata wang, sebagai punca kenaikan harga. Empat pasaran yang terjejas oleh…

Netflix Uji Ciri Carian Baharu Berasaskan AI
Netflix dilaporkan sedang menguji ciri carian baharu yang menggunakan teknologi OpenAI. Menurut laporan Bloomberg, enjin carian dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) ini akan membolehkan pengguna mencari rancangan dengan menggunakan istilah yang lebih spesifik, termasuk berdasarkan mood pengguna, serta membuat pertanyaan yang melangkaui genre atau nama pelakon. Difahamkan, ciri ini, yang ditawarkan sebagai pilihan, kini dalam fasa ujian…

Trump Akan Umumkan Tarif Baharu Semikonduktor Seawal Minggu Ini
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan mengumumkan tarif baharu ke atas semikonduktor dalam minggu ini. Langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi pentadbiran Trump untuk mengenakan tarif yang ketat bagi menangani isu perdagangan AS. “Tarif tersebut akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat,” katanya, merujuk kepada tarif khusus sektor semikonduktor yang akan menyusul…

Pengalaman Guna iPad Lepas Ini Mungkin Mirip MacBook
Kita tahu salah satu slogan atau taktik pemasaran Apple pada produk iPad adalah “Your next computer is not a computer,” di mana mereka seolah-olah cuba “meracun” pengguna bahawa iPad mampu menggantikan komputer. Namun, saya sendiri sebagai pengguna iPad Pro tidak begitu setuju dengan kenyataan tersebut. Ini kerana iPadOS sendiri masih terasa kurang memuaskan untuk digunakan…

PC, Perkakasan Dan Telefon Pintar Bebas Tarif? Trump Tegaskan Tidak Akan Terlepas
Selepas media melaporkan bahawa peralatan elektronik termasuklah komputer, komponen elektronik dan telefon pintar dikecualikan daripada tarif, tanpa mengira negara asalnya, Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick, mengatakan bahawa walaupun produk-produk ini dikecualikan daripada tarif timbal balik, ia masih termasuk dalam tarif semikonduktor yang dijangka dikenakan dalam satu atau dua bulan lagi. Presiden AS, Donald Trump menegaskan bahawa…