Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 14% pada Julai ini. Walau bagaimanapun, beliau berkata tarif elektrik dijangka dinaikkan pada separuh kedua tahun ini, dengan kadar bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti. Jelas Anwar, ketetapan tersebut perlu dibuat berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh…
‘Game’ Lumba Kereta JDM Bakal Tiba Di PC Mac Ini
Berita baik kepada geng JDM khususnya kerana sebuah permainan lumba kereta yang memfokuskan kereta-kereta sport popular keluaran Jepun bakal dilancarkan tidak lama lagi. Permainan berjudul JDM: Japanese Drift Master dibangunkan oleh Gaming Factory dan diterbitkan bersama 4Divinity. JDM: Japanese Drift Master menawarkan pengalaman perlumbaan drift di wilayah Gutama dengan pemain boleh meneroka lebih daripada 250 km…
Tugas Penyelidikan Kini Lebih Mudah Dengan OpenAI ‘Deep Research’
OpenAI telah melancarkan alat kecerdasan buatan (AI) baharu yang dinamakan ‘deep research’ untuk memudahkan tugas penyelidikan. Alat ini direka untuk menjalankan tugas penyelidikan berbilang langkah di internet, membolehkan pengguna mendapatkan laporan komprehensif dengan lebih efisien. Dengan hanya memberikan arahan ringkas, ChatGPT akan merancang dan melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengumpulkan data yang relevan dari pelbagai…
EU Laksana Akta Larangan AI Mengeksploitasi Kelemahan Manusia
Kesatuan Eropah (EU) mula menguatkuasakan Akta AI EU pada Ahad bagi mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI). Akta ini melarang penggunaan AI yang mengeksploitasi kelemahan manusia, termasuk teknik subliminal, pemarkahan sosial, dan pengecaman emosi di tempat kerja atau institusi pendidikan. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan untuk tujuan perubatan atau keselamatan. Selain itu, pengkategorian biometrik di ruang…
Durioo+ Dengan Wajah Baharu Ada Ciri Bantu Kanak-Kanak Hafal Surah Lazim
Aplikasi video selamat untuk anak-anak, Durioo+ telah memperkenal versi terkini yang tampil dengan antara muka yang serba baharu bersama dua ciri iaitu DuDeen dan DuReels serta barisan permainan dalam Durioo Games. Hadir dengan slogan “Wajah Baru, Lagi Padu, Senangkan Ibu,” rombakan antara muka ini jelas sangat berbeza daripada versi terdahulu dan ia dikatakan lebih memudahkan…
BLDR, Pesaing LEGO Bakal Lancar Koleksi Figura Jujutsu Kaisen
Lagi jenama baru muncul yang bakal menyaingi kedudukan LEGO dalam permainan binaan blok apabila Jazwares mengumumkan jenama baharu mainan yang dipanggil sebagai BLDR. Menerusi kemunculan sulungnya, BLDR bakal membariskan pelbagai set mainan baharu hasil kolaborasinya dengan beberapa syarikat utama. Paling menariknya adalah BLDR bakal menampilkan set figura dari siri anime popular Jepun, JUJUTSU KAISEN. Selain…