Aplikasi Google Drive kini telah mendapat satu ciri yang mana kami rasa akan memudahkan anda, lebih bermanfaat jika anda adalah dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan universiti. Hal ini kerana pengguna kini mampu menukar jenis fail gambar yang ditangkap daripada kamera secara terus atau gambar yang dipilih daripada Gallery kepada fail PDF. Cara-caranya bermula daripada…
Selepas 20 Tahun Jepun Perkenal Wang Kertas Baharu
Dalam kepesatan pembangunan dan kemajuan teknologi di Jepun, negara matahari terbit itu kurang mesra dengan pembayaran tanpa tunai sebaliknya majoriti menggunakan kertas wang. Walaupun trend penggunaan pembayaran tanpa tunai semakin meningkat di sana, Jepun dilaporkan telah memperkenalkan wang kertas dengan rekaan baharu selepas 20 tahun. Wang kertas yang diperkenalkan ¥10,000 (RM291), ¥5,000 (RM145.41) and ¥1,000 …
realme C65 Mula Tersedia Esok, Harga Rasmi RM699
Kalau awal bulan Jun yang lepas realme telah melancarkan model untuk siri C yang terbaru iaitu realme C63, kini hadir lagi tambahan untuk siri yang sama iaitu realme C65. Telefon ini dikuasakan oleh MediaTek Helio G85 (2.0GHz) dengan sokongan GPU ARM Mali-G52, memori LPDDR4X dan kemampuan storan tambahan sehingga 2TB. Untuk skrin, ia hadir dengan…
Kerajaan Jepun Isytihar Menang Dalam ‘Perang’ Penggunaan Cakera Liut
Kerajaan Jepun akhirnya telah menghapuskan penggunaan cakera liut dalam semua sistemnya, dua dekad sejak zaman kegemilangannya, mencapai kejayaan yang ditunggu-tunggu dalam kempen memodenkan birokrasi. Menjelang pertengahan bulan lalu, Agensi Digital telah membatalkan semua 1,034 peraturan yang mengawal penggunaannya, kecuali satu peraturan alam sekitar yang berkaitan dengan kitar semula kenderaan. Menteri Digital Taro Kono, yang lantang…
CIMB Group Jadi Bank Malaysia Pertama Lengkapkan Penetapan Sasaran Nyahkarbon 2030
CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB”) mengumumkan sasaran iklim 2030 untuk portfolio minyak dan gas dan hartanah, sekali gus menjadi bank Malaysia pertama yang melengkapkan penetapan sasaran nyahkarbon 2030 untuk sektor yang berpelepasan tinggi dalam usaha untuk mencapai komitmen Sifar Bersih menjelang 2050. Sektor-sektor lain termasuklah perlombongan arang batu haba, simen, minyak sawit dan kuasa. CIMB juga telah…
Geely Cipta Bateri EV Baharu, Mampu Bertahan Sehingga 1 Juta Km
Geely Auto Group telah mengeluarkan generasi terbaru bagi bateri bilah pendek litium besi fosfat yang dibangunkan sendiri yang menawarkan hayat bateri terbaik dalam kelasnya, kelajuan pengecasan – dan keselamatan. Geely mendakwa, hasil daripada ujian mereka, hayat kitaran bateri EV itu yang dikenali sebagai Teknologi Bateri EV Short Blade Baharu boleh mencapai sehingga 3,500 kitaran, atau bersamaan…