Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
8 Emoji Baharu Akan Tiba Di Peranti Pada Tahun Depan

8 Emoji Baharu Akan Tiba Di Peranti Pada Tahun Depan

Diterbitkan November 15, 2024 oleh Rushsyafizal

Setiap tahun, Unicode Consortium memperkenalkan emoji baharu yang akan menghiasi peranti pintar, dan tahun ini, senarai cadangan Unicode 17 akhirnya tiba.

Berdasarkan cadangan terbaru, terdapat lapan emoji baharu yang bakal memeriahkan dunia digital, termasuk makhluk berbulu seperti Bigfoot, wajah distorted, awan pergaduhan, inti epal, orca, trombon, tanah runtuh, dan peti harta karun. Terdapat juga variasi warna kekulit untuk emoji sedia ada seperti penari balet dan orang dengan telinga arnab.

Walaupun Unicode hanya menyediakan kod asas untuk emoji ini, rekaan sebenar akan diolah dalam gaya Apple dan Android apabila Unicode 17 diluluskan pada musim luruh tahun hadapan. Seperti kebiasaan, kita mungkin dapat melihat emoji ini diperkenalkan pada musim bunga atau suku kedua 2026.

Pada 2025, Apple akan memperkenalkan emoji Unicode 16 yang diluluskan pada September 2024, termasuk wajah dengan kantung mata, cap jari, pokok tanpa daun, sayuran akar, harpa, penyodok, dan kesan percikan.

Dalam kemas kini iOS 18.2, iPadOS 18.2, dan macOS Sequoia 15.2 nanti, Apple juga akan memperkenalkan Genmoji, emoji generatif sebagai emoji terbarunya yang boleh disesuaikan berdasarkan frasa yang dimasukkan oleh pengguna.

Genmoji hanya akan berfungsi di ekosistem Apple namun tidak akan dipaparkan dengan cara yang sama di peranti Android.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Siri vivo X200 Tiba Di Malaysia Pada 19 November 
  • Penggodam Didapati Sasar Pengguna Yang 'Google' Spesis Kucing Ini
  • Meta Berdepan Kes Mahkamah FTC – Instagram & WhatsApp Mungkin Dipisahkan
  • Kenaikan Harga Langganan Netflix, Ini Pelanggan Unifi TV Perlu Tahu

Sumber: macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY