Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
liputan 5g sekarang

5G: Maxis Kata Mereka Masih Berunding Dengan Kerajaan Tapi Sudah Bersedia

Posted on Februari 9, 2022Februari 14, 2022

Maxis hari ini merasmikan kempen terbaru mereka, “Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia”. Menurut Maxis, kempen ini adalah untuk mengukuhkan komitmen mereka untuk memperkasakan kesalinghubungan semua rakyat Malaysia dan perniagaan di negara ini.

Dalam pelancaran ini juga, CEO Maxis, Gokhan Ogut berkata mereka masih lagi berbincang dengan pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

“Kita bersedia untuk 5G. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkaitan dan kementerian. Saya tak boleh berikan waktu spesifik kerana rundingan masih berjalan. Apa yang saya boleh katakan adalah kami bersedia untuk melancarkan 5G pada bila-bila masa yang pengawal selia dan kementerian tetapkan.”

Buat masa ini, hanya YES yang menyediakan perkhidmatan 5G di Malaysia. TM bagaimanapun yang merancang untuk melancarkan 5G pada bulan ini telah menangguhkannya tanpa tarikh baru ditetapkan.

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Tak Semua Telefon Sesuai Guna 5G DNB Buat Masa Ini, Termasuk iPhone
  • Perbandingan Kelajuan 4G Dan 5G Di Tiga Lokasi Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress